Monday, 28 January 2019

WELCOME TO UMK !


After a few months ohh actually almost a year menganggur hahhaha since I already tolak offer untuk sambung belajar dekat UNIKL dengan KUPTM disebabkan jauh sangat and then I got offer letter from UMK which is Universiti Malaysia Kelantan. So Alhamdulillah sangat since dapat dekat gila dengan kampung boleh tiap minggu balik rumah nenek hahaha. 

Okay so I dapat tawaran untuk belajar kos Bachelor of Entrepreunership (Logistic and Distributive Trans) with Hons which is berpusat dekat UMK cawangan Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Tbh I am not sure UMK Pengkalan Chepa ni kat mana since I stay Terengganu. Ikutkan I akan masuk pada 17 Feb 2019 ni. Actually rasa macam berdebar jugak since dah setahun tinggalkan study mood ni hahahah. Okay wish me luck.

For now I masih tengah tengok review pasal UMK ni sebab nak tahu lah jugak kan uni ni macam mana but for sure lah takkan sama macam belajar dekat KPM dulu. Just hope lecturer kat sana okay and sporting macam belajar dekat kolej dulu lah. Amin. Dulu masa belajar dekat KPMAM I tak buat pinjaman pun since I dapat elaun dari MARA. Ohh nanti I akan update and cerita dekat korang pasal KPM ni since ramai gak yang tahu pasal kolej ni. Rugi sangat ! And paling best habis belajar tak payah pening kepala nak bayar duit belajar apa semua. But for now since dah pasang niat nak sambung belajar so semestinya kena buat pinjaman PTPTN lah jawabnya !

Okay setakat ni je dulu pasal UMK ni. Nanti I sambung balik sebab I dah takde idea dah hahah. Banyak lagi kena baca feedback and semua benda tu. Borang pun tak habis isi lagi.

So, ada sesiapa yang dapat UMK jugak and kos sama ? Boleh jadi geng hehe.



Sunday, 6 January 2019

SILKYGIRL MATTE JUNKIE LIP CREAMS REVIEW



The first time I saw SILKYGIRL Matte Junkie Lips Creams I terus macam "Wow ! Cantik gila warna dia. I need this" (Even I have a lot of lipstick hehe)

So bila ada masa pergi kat Watsons so I straight away bought three of shades (even the shades look same). Tbh I rasa nak beli semua shades sebab semua cantik cantik. But at the end I chose only 3. Will buy more shades next time hehe.


Product Details:
Brand : Silkygirl 
Product :Matte Junkie Lip Cream
Shade : Glamour 02, Vintage 04, Enigma 12
Price : RM23.50 
Availability : Watsons and Guardians


What it claims:
This kissproof and transfer resistant lipcolor applies like a liquid lipstick that dries to a matte finish. It stays on your lips through day and night activities requiring minimal touch-ups. Available in 5 rich and highly pigminted shades, 01 Retro, 02 Glamour, 03 Rebel, 04 Vintage and 05 Vixen. Introducing 4 new shades, 06 Darling, 07 Dolly, 08 Artsy and 09 Rouge to complete your matte looks !

  • Lightweight
  • Fragnance free
  • Carmine free
  • Paraben free 
  • Not tested on animals



What I love about it:
  • Very pigmented and matte finish
  • Easy to apply and I don't need use lip liner
  • Kiss proof and transfer proof  - even dah makan but the lipstick is still there
  • Quite affordable 
  • Shades yang cantik ! - it's have a lot of nude shades


The original only 7 shades 
But last year Silkygirl dah tambah shades baru which is Enegma, Terracotta and also Cupid (all of it nude shade omg )

Overall:
I love this lipstick ! Very concerned about the matte ones. I tak suka yang jenis creamy since kena reapply banyak kali. Leceh ! So I akan beli shades yang lain pulak.

Rate:
4.5/5
Really recommended for someone who's seeking matte lipstick












Saturday, 29 December 2018

[ CLAIROL HERBAL ESSENCES ] LONG TERM RELATIONSHIP REVIEW


So this is my favourite shampoo ever after tukar dari pakai Sunsilk.

Product : Herbal Essences Long Term Relationship Shampoo
(It also have conditioner and hair mask)
Main Function : For Long Hair
Size : 300 ml
Price : RM19.90
Where to get : Mana mana kedai pun ada jual. Drugstore pun ada.




Product Description :
This shampoo for long hair lavishes every inch of your hair with 10 times keratin protection
Defending against damage and leaving it oh-so luscious
Helps repair damage and smoothes texture so hair grows long and strong
A hydration's fix that's hair-flip-worthy
Colour-safe and pH-balanced formula
Free of parabens, gluten


Product Ingredients :






Review :
I love the smell. Bau dia wangi sangat and memang fresh je rasa lepas cuci rambut. Bau dia pun memang tahan lama kekadang sampai 2 3 hari baru hilang. I have a long hair so memang shampoo ni really help me to take care my hair ! After pakai memang rambut I jarang gugur. Kalau gugur pun dalam sehelai dua je. Overall I memang recommended this produk !


Disclaimer : This is not sponsored post. I bought it with my own money. Tapi best jugak kan kalau Herbal Essence sponsor I hehe.


Thanks for reading !



Friday, 28 December 2018

DOUBLE CLEANSING METHOD ?


Pernah dengar pasal double cleansing tak ?

Double cleansing method ni actually kita guna dua jenis pencuci yang berbeza untuk cuci kulit kita. 
OIL CLEANSER + FOAM CLEANSER

Oil based cleanser ni untuk remove segala oil based impurities. Texture cleanser ni selalunya berminyak and bila kena air dia akan jadi warna putih susu. Contohnya makeup sunscreen and minyak minyak kat muka
Water based cleanser or foam cleanser pulak untuk remove water based impurities. Texture cleanser ni biasanya berbuih banyak. Contohnya macam peluh.

So basically oil cleanser untuk oil based impurities while water based cleanser pulak untuk water based impurities


Function ?
Untuk buang semua dirt kat muka kita. Paling penting untuk remove makeup yang kita pakai, sunscreen semua tu. Taknak bagi clogged pores sebab bila dah clog nanti naik lah jerawat semua tu.


Bila kena buat double cleansing method ni ?
Usually buat time night routine je. Kalau nak buat day dengan night pun tak kisah. Depends.


Dah pakai micellar water pun kena buat jugak ke 
?
Micellar water usually tak deep clean kita punya skin. So penting untuk kita buat double cleansing method ni untuk make sure yang semua dirt dah remove dari kulit kita.


How to do ?
Guna oil cleanser dulu. Tak payah tambah air. Buat urutan macam biasa then bilas
Pakai foam cleanser. Buat urutan macam biasa and bilas 
Done !

Untuk orang yang ada skin type jenis oily boleh pakai ke ?
Boleh. Oil cleanser just untuk remove minyak yang terperangkap dekat skin. So jangan risau. Kulit korang takkan lebih berminyak.

So kat mana boleh cari ? You boleh cari dekat drugstore je ! Watsons or Gurdians. Ada banyak jenis .

Recommended product ?
Biore of course ! Apa apa pun check ingredients yang ada dalam oil cleanser tu sebab mungkin ada certain ingredients might senstive to you.


Thank you for reading

Monday, 17 December 2018

SUNSCREEN & SUNBLOCK

Hai. So today I akan share pasal sunscreen/sunblock pulak. Kenapa kita WAJIB pakai sunblock ni, Apa function dia, macam mana nak pilih sunblock yang sesuai untuk pakai setiap hari and macam macam lagi !

Basically bila ada orang tanya I pasal my skincare routine dekat dm, bila I tanya pasal sunblock ramai yang tak pernah pakai or taktahu pun pasal sunblock or sunscreen ni. Sunblock ni salah satu routine yang paling basic. Yang korang kena pakai EVERYDAY !

"Wajib ke pakai sunblock setiap hari?"
Ya. Wajib !

Kenapa kena pakai sunblock / sunscreen ni ?
  • Taknak bagi kena sunburn, suntan, taknak terbakar kulit
  • Taknak bagi kulit nampak lebih tua dari usia
  • Avoid dari kulit berkedut
  • Avoid pigmentation, jeragat
  • Most important taknak kena SKIN CANCER
Apa beza sunblock dengan sunscreen ?
Actually sama je. Function dia untuk halang kulit kita dari kena pancaran matahari (UVA/UVB)

Chemical and Physical Sunscreen

Chemical Sunscreen : Usually ingredients dalam sunscreen tu ada titanium dioxide atau zinc oxide. Boleh dikatakan macam tak absorb kulit jugak since dia duduk atas kulit macam tu untuk elak dari cahaya matahari kena kat kulit kita.

Physical Sunscreen : Biasanya ada ingredients macam oxybenzone, actinoxate, octisalate dengan avobenzone.Ingredients yang macam ni akan create chemical reaction dengan ubah UV rays jadi heat then lepaskan heat tu dari kulit kita.

"Mana lagi elok antara chemical sunscreen dengan physical sunscreen?"
Depends on your skin jugak. Cuma beza dia kalau chemical ni dia more lightweight and ringan. Kalau physical pulak biasanya dia ada white cast (yang nampak macam kita pakai bedak)

But I suggest untuk yang ada kulit yang jenis acne prone or sensitive skin, better avoid dari pakai chemical sunscreen sebab maybe ada chemical ingredients yang tak sesuai dengan kulit you. Bila tak sesuai your skin nanti akan dapat irritation dengan clog pores.

Apa apa pun check dulu ingredients dia. Tengok mana yang sesuai dengan skin you.


"Apa beza UVA dengan UVB ?"


UVA / Ultraviolet A (Aging) : Boleh menyebabkan kulit berkedut, SKIN CANCER, pigmentation. Kena cari PA+++ to avoid kulit kita dari lebih aging

UVB/ Ultraviolet B (Burn) :Boleh kena sunburn, suntan, atau nampak kulit macam udang kena bakar. Merah merah. So kena cari yang dia ada tulis SPF. SPF 30 hingga 50 dah enough dekat cuaca Malaysia.


Pigmenatation biasanya time muda muda tak nampak sangat tapi bila dah tua dia akan nampak.

Kiri : Normal skin   Kanan : Cause of pigmentation

"Apa beza sunburn dengan suntan? "

Actually yang korang asyik cakap sunburn tu actually suntan. Suntan ni yang macam ni. Suntan ni kulit kita jadi gelap.

Ni baru sunburn. Dia merah merah sebab kulit kita dah terbakar.


Kuantiti sunblock yang kita kena pakai ?
Seeloknya kita pakai dua jari. 

Haa banyak macam ni. Kena pakai banyak ni jangan fikir nak jimat then pakai sikit je. Sebab nanti tak dapat maximum protection pun. Jangan lupa reapply every 3-4 jam. Kena reapply.

"Kalau dah pakai makeup macam mana nak reapply ?"
Boleh pakai foundation or cc/bb cream yang ada SPF. Tak pun boleh cari sunblock yang jenis spray.

Macam mana nak pilih sunblock yang sesuai?
  • Pilih yang jenis broad spectrum. That means dia ada dual protection. Satu untuk UVA satu lagi untuk UVB. Dia akan tulis kuantiti SPF dengan PA+++
Dia ada tulis SPF 30 dengan PA+++ so dah dikira broad spetrum lah tu

Contoh produk ?
Biore, Skin Aqua, Banana Boat. Boleh cari kat drugstore. Banyak pilihan.

" So bila patut kita pakai sunblock ni ? "
Lepas kita dah settle basic routine kita (after apply moisturiser) then terus pakai sunblock before you nak start pakai makeup. 




Thanks for reading !




Saturday, 15 December 2018

HAIR CARE


"Life isn't perfect but you hair can be"

Asyik dengan skincare je so harini kita bincang pasal haircare pulak. So kalini I rajin sikit nak update pasal penjagaan rambut kita.
Disclaimer : I bukan pakar. Everything yang I tulis sekadar knowledge yang I tahu. Apa apa pun rujuk pada pakar.

So let's start !

Jangan rajin nak jaga skin saja tau sebab rambut pun kita kena jaga jugak apatah lagi perempuan. So macam mana nak jaga rambut ni ? Tak kisah lah yang bertudung atau pun tak mesti kena jaga ! Ada beberapa tips yang I boleh kongsi kan dekat korang and please take noted ada tips yang sesuai dengan you and ada jugak tips yang maybe tak sesuai dengan you.

Before I start share dengan korang tips so apa kata kita faham dulu pasal rambut ni ? Basically kita ada 10,000 helai rambut kat atas kulit kepala kita. Rambut pulak dibahagikan pada 2 bahagian which is folikel dengan shaft. Setiap helaian rambut kita ni ada 3 lapisan keratin di mana lapisan luar atau kita panggil kutikel ni untuk protect 2 lapisan dalam rambut tu. Dalam masa sehari rambut kita akan panjang around tiga hingga empat mm je. Dalam setahun around 6 inci.

" Folikel tu apa ? "
Folikel tu yang ada dalam rambut kita. Usually bilangan folekel ni sama je or kekal tapi akan kurang bila umur kita makin meningkat.

" Shaft tu pulak apa ? "
Shaft ni pulak actually batang rambut kita.


Macam mana nak jaga rambut kita elok elok ?

1. Guna shampoo yang sesuai dengan rambut
  • Make sure tengok function shampoo tu untuk solve hair problem yang jenis macam mana. If korang ada problem dengan rambut gugur cari yang jenis hair fall punya. If ada problem dengan kelemumur cari yang anti-dandruff. So shampoo ni bagi I benda yang paling wajib bila kita ambik berat. And please ingat waktu kita shampoo jangan kita sikat rambut kita sebab boleh buat rambut korang makin bertambah gugur.
"Boleh tak shampoo hari hari ?"
Depends. Ada yang suka shampoo hari hari sebab rasa rambut diaorang gatal or tak selesa. Maybe sebab peluh apa semua. Tapi 3 kali seminggu dah cukup.

Ada certain orang yang malas gila nak shampoo sebab it takes time ! So ada satu cara yang boleh jimatkan masa korang but still boleh elakkan dari rambut korang bau kepam. Use dry shampoo .

"Dry shampoo ni macam mana? Tak pernah dengar pun !"

Ni contoh dia. Jenama Batiste


2. Conditioner
  • Bahagian ni ramai sangat yang salah guna ! Conditioner texture dia berminyak macam tu so dekat kawasan mana je kita patut pakai ? Pakai dekat bawah bawah je jangan sampai kena kulit kepala.
3. Hair Mask
  • Pakai hair mask lepas shampoo dengan conditioner. Pakai around 15-20 minit pun dah cukup. Lepas tu bilas. Function ? Hair mask ni fungsi dia untuk baiki balik rambut korang yang dah rosak kat bahagian dalam and also give some nutrition for you hair.
4. Biarkan rambut kering dengan sendiri
  • Avoid dari guna hair dryer sebab suhu dia tinggi and boleh menyebabkan keratin rambut you rosak atau bercabang. So biar je rambut korang kering dengan sendiri. 
5. Avoid sikat rambut bila rambut masih basah

Jangan sikat rambut bila rambut you tengah basah. Bila dah kering baru you sikat. Sikat pun cari yang lembut lembut je.

6. Pakai tonic rambut
  • Pakai tonic rambut masa rambut you masih basah lagi or depends lah nak pakai time dah kering ke macam mana. Kawasan mana yang kena pakai ? Kawasan kulit kepala. Ambik sikit tonic then urut kat kulit kepala.
"Boleh pakai tiap tiap hari tak ?"
Boleh !

7. Pakai vitamin rambut
  • Lepas korang pakai tonic, pakai pulak vitamin rambut.Cari vitamin rambut yang sesuai dengan problem rambut korang. Banyak pilihan. Vitamin rambut boleh kalau nak pakai setiap hari. Kalau nak jimat pakai time hari korang cuci rambut je. Jimat. Vitamin rambut ni yang jenis macam mana pulak ? 
Yang macam ni. Ni jenama ellips. Boleh cari kat drugstore

"Kawasan mana yang kena pakai vitamin ni ?"
Dekat bahagian hujung hujung rambut

8. Pakai serum rambut !
  • Pakai serum rambut baru nampak rambut you sihat ! Yang ni boleh pakai kat tengah tengah rambut sampai hujung rambut. Ada banyak jenis yang korang boleh pilih. Cari je kat drugstore.
9. Jangan ikat ketat ketat
  • Biar je rambut you tak ikat or kalau rasa rimas boleh pakai hair clip je. Jangan ikat rambut you selalu and apatah lagi time nak tidur. Kesian rambut. Kalau nak ikat jugak jangan ikat terlampau ketat sebab mudah untuk rambut korang akan putus.

Thanks for reading !




Wednesday, 12 December 2018

BHA / AHA


What is BHA ?
BHA stand for Beta Hydroxy Acid. BHA basically works on skin surface and also kat dalam pores.So boleh dikatakan BHA ni boleh works from the tops-down

Skin type yang sesuai ?
Usually untuk oily skin or acne-prone skin

Function ?
  • boleh reduce clogged pores
  • kurangkan blackhead
  • reduce inflammation
  • reduce acne

BHA ni contohnya macam SALICYLIC ACID 

What is AHA ?
AHA pulak Alpha Hydroxy Acid. AHA basically works to exfoliate the surface of skin. Dia macam buang dead skin cell lah. BHA pulak dia works from the bottom-up

Skin type yang sesuai ?
Suitable untuk orang yang ada skin type jenis dry or normal skin

Function ?
  • boleh improve kita punya moisture content dalam kulit kita untuk bagi extra lembut
  • untuk reduce whitehead
  • reduce rough skin 
  • also boleh reduce dullness scar 

Contohnya macam GLYCOLIC ACID, LACTIC ACID dengan MALIC ACID

Mana yang lagi elok BHA ke AHA ?
Depends on your skin. Pilih ikut keperluan kulit sebab dua dua elok and function pun berbeza.

Bila boleh guna ?

Untuk basic routine, boleh pakai lepas cleanser
Untuk yang dah pakai essence, serum semua tu boleh pakai lepas pakai toner

"Boleh tak kalau nak pakai dua dua sekali ?"
Boleh ! AHA/BHA can works together untuk achieve some amazing results for specific skin condition.


BASIC RULES 

Untuk yang nak try AHA/BHA ni kena make sure yang skin routine korang yang basic to complete. That means kena make sure yang you memang dah pakai sunscreen sebab AHA ni sifat dia photosensitive. Nak mudah faham kulit kita akan jadi more sensitive bila kena cahaya matahari. Untuk kena burn pun senang.

Untuk yang malas pakai moisturiser pun tak digalakkan untuk pakai disebabkan sifat BHA ni akan keringkan kulit kita.

Untuk baru yang berjinak jinak dengan skincare pun tak boleh jugak. Untuk yang baru je nak buat basic skincare routine, korang boleh check kat sini. Make sure yang you dah ada basic skincare routine yang solid  bila nak try AHA/BHA ni sebab can cause your skin untuk purging. Apa tu purging ? Nanti I akan explain dalam entry seterusnya. Untuk yang baru I suggest guna dulu physical exfoliate before jump nak guna chemical exfoliate

Apa yang penting bila nak pakai AHA/BHA ni kena rajinkan diri. Jangan malas nak tunggu since AHA/BHA ni texture dia macam air so kena tunggu dia absorb dalam kulit betul betul dulu before you nak start pakai produk yang lain.

Untuk yang rasa takde masalah dengan kulit dia tapi nak pakai jugak tu depends lah. So pada yang mula nak try I suggest cuba cari yang low % dulu. Baru slowly ke high %.

" Berapa lama kena pakai AHA/BHA? "
Tunggu 15-20 minit lepas pakai cleanser then apply AHA/BHA 
Tunggu sampai dia absorb dulu baru boleh pakai benda lain


Contoh produk yang ada BHA/AHA ?
The Ordinary and Corsx

So tu je lah kot pasal BHA/AHA ni. Nak tahu lebih lanjut boleh google sendiri.

Disclaimer : Ni sekadar knowledge yang I tahu. Kalau ada yang salah tolong betulkan. Thanks !