Showing posts with label #STUDIES. Show all posts
Showing posts with label #STUDIES. Show all posts

Thursday, 6 August 2020

KOLEJ PROFESSIONAL MARA




Assalamualaikum semua. 

Haritu pernah janji nak ceritakan sikit secara lebih detail pasal Kolej Professional Mara since I pun one of alumni dari kolej ni so why not kan I share sikit sikit pasal KPM ni. Dulu tak ramai sangat yang tahu pasal KPM ni even this college under MARA sendiri but sekarang sebut je pasal KPM confirm orang dah tahu cuma ada lah certain people masih confius KPM dengan KPTM hahaha. Okay so kat sini I nak bagitahu yang KPM and KPTM adalah dua kolej yang berbeza ya anak anak. KPM short form dari Kolej Professional MARA and KPTM is Kolej Polytech MARA ya. Lain itu anak anak.

So apa yang lain? Untuk pengetahuan korang KPM ni memang kolej yang ditanggung 100% oleh MARA ya manakala KPTM separuh MARA separuh swasta. Secara jujurnya after I habis SPM, agak confius jugak ya nak masuk mana. Sama ada UITM, KPM or KPTM since I got ketiga tiga offer. Bila dah tengok secara detail nya apa perbezaan KPM dengan KPTM, I terus decide untuk pergi KPM cawangan Melaka which is Ayer Molek. So harini, I nak cerita apa bestnya if korang apply KPM.

1. YURAN PENGAJIAN PERCUMA
Percaya atau tak if I cakap yuran pengajian sepanjang belajar dekat KPM percuma? Ya, percuma wahai anak anak sekalian. Itu paling best sebab korang tak perlu susah payah tau nak apply biasiswa or pinjaman since KPM tawarkan pengajian secara PERCUMA. So bermakna student yang belajar kat sini memang ditanggung seratus peratus ya oleh kerajaan dan MARA. Cuma setiap semester korang just perlu bayar around RM250++ macam tu untuk yuran pendaftaran semester, muafakat dengan koperasi sahaja. Untuk pembayaran buku usually around RM100++ je but time I dulu I banyak beli dengan senior so lagi jimat ya. 

2. PENGAJIAN HANYA 2 TAHUN
Masa I dulu pengajian ambik masa 3 tahun jugak sebab kitaorang ada praktikal but now apa yang I dengar sekarang KPM dah tak offer student untuk buat praktikal. So, basically korang dah jimat setahun then dah dapat diploma dah. Kalau kat tempat lain usually 3 tahun jugak kan. Bila dah jimat setahun so if korang ada niat nak sambung ambik degree, tak ke jimat kat situ masa korang? Dah lah habis je diploma korang dah bersenang lenang dah sebab takde hutang. Ya Allah best weh. If niat nak cari kerja pun dah syok sebab tak hutang nak ke bayar. 

3. ELAUN BULANAN SEBANYAK RM300 KEPADA PELAJAR
Sepanjang belajar dekat KPM, MARA dah provide kan elaun bulanan kepada kesemua pelajar tak kira miskin atau kaya sebanyak RM300 ya. And apa yang best elaun yang korang dapat sepanjang belajar kat sini tak perlu dibayar balik tau. And if waktu tu merupakan waktu cuti semester pun, kolej tetap akan berikan elaun kepada student cuma separuh jela. It means waktu korang cuti semester, korang dapat RM150 setiap bulan. Boleh lah sikit sikit tampung perbelanjaan korang. Since I dulu belajar dekat area Ayer Molek so kitaorang memang jauh jugak lah dari bandar kan so niat berjoli tu memang kekadang tak tercapai pun since banyak duit gak nak ke bandar tu nak bayar Grab apa lagi. So I bersyukur sebab dapat belajar kat sana. Hasutan nak shopping tu tak berapa nak ada hahaha.

4. TEMPAT PENGINAPAN PERCUMA
Ya, tempat penginapan aka asrama yang KPM provide adalah PERCUMA. Korang tak perlu nak bayar yuran asrama ya bila masuk ini. Free of charge. Cuma korang perlu bayar RM3.00 untuk setiap peralatan eletrik yang korang bawak contohnya charger phone. Macam biasa lah mana mana universiti or kolej pun korang kena beli sticker tau or kalau tak hm kena rampas lah barang korang tu if tak tampal sticker kolej. 

So kat sini I nak bagitahu awal awal, if siapa yang dapat KPMAM tu bagi student perempuan, mashaAllah bertuahnya korang. Sebab apa? Asrama KPMAM perempuan ni cantik ya amat sebab baru lagi. And satu bilik tu duduk empat orang tapi masing masing ada space sendiri tau. Senang cakap bilik memang luas gila lah. Nak cakap betapa besarnya asrama kat sini which is satu tingkat ada 55 bilik tau and asrama dia empat tingkat gais. Kat tengah tengah tu ada laman. Asrama perempuan dekat KPMAM dipanggil Kediaman Tun Teja. Setiap tingkat ada dua pantri sebelah kiri dan kanan. Ada satu bilik gosok setiap tingkat. Setiap penjuru ada tandas yang memang besar gila and ada gym yang memang khas untuk perempuan sahaja. Tingkat paling bawah ada bilik TV. Bilik pantri pun nice teruk siap ada meja kat tengah tengah, ada microvave, siap ada Coway lagi. So apa yang boleh I cakap memang tempat penginapan sangat selesa ya. Oh tak lupa jugak kat dalam toilet tu ada satu bahagian untuk tempat jemur baju and ada mesin basuh. 

5. KEPELBAGAIAN KURSUS YANG DIIKTIRAF OLEH MQA
I ingat lagi dulu pernah kecoh pasal kursus yang diaorang ambik then tup tup dapat tahu tak diiktiraf oleh MQA. Sedih weh. Tapi I dah lupa dah kolej/universiti mana. Jangan risau ya, KPM tawarkan kursus yang diiktiraf oleh MQA tau. What is MQA? MQA ni Malaysian Qualification Agency. Bila korang nak further studies nanti tak kisah lah dekat mana mana pun, kena make sure tau yang kursus yang korang ambik tu memang ada MQA if tak, Allahu sia sia lah korang belajar bertahun tahun tapi course tu tak laku and tak sah. 

If masa korang belajar time diploma tu and result keluar memang flying colour lah kan, korang boleh apply untuk sambung belajar dekat luar negara tau. And yes, MARA akan tanggung korang sekali lagi. Diploma tanggung Degree pun tanggung. Best teruk. Tapi korang boleh jugak nak apply sponsor lain or nak taja diri sendiri. Atas korang punya pilihan lah yang tu.  Kat sini korang nampak kan, yang KPM punya sijil memang valid even dekat luar negara pun. Tapi sini I nak bagitahu, ada certain tahun yang MARA tak tawarkan pun untuk ke luar negara. Tengok atas bajet lah haha. Tapi masa I dulu memang ditawarkan since ada a few kawan I dapat fly ke New Zealand untuk sambung belajar. Pelajar yang ditawarkan untuk sambung belajar ni usually result memang kena 3.90 ke atas lah. And kena faham yang ia bukan biasiswa tau tapi pinjaman boleh ubah. Kalau result cantik, kurang lah bayaran pinjaman yang kena bayar. 

"Graduan KPM boleh sambung belajar dekat Institusi Awam tak?"
Ya, boleh adik adik. I salah seorang graduan KPM yang sekarang tengah sambung belajar dekat IPTA which is dekat Universiti Malaysia Kelantan. Sekarang dah nak masuk tahun terakhir dah padahal I baru masuk awal tahun 2018. Sebab apa? I dapat transfer kredit so dah jimat setahun weh untuk degree. So tak rugi ya if korang masuk KPM since subjek yang korang ambik if sama masa korang belajar nanti boleh transfer je. Tak payah nak belajar balik. Tak ke untung kat situ?


In total KPM ada enam cawangan which is :
  • Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka
  • Kolej Profesional MARA Bandar Melaka, Melaka
  • Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor
  • Kolej Profesional MARA Seri Iskandar, Perak
  • Kolej Profesional MARA Bandar Penawar, Johor
  • Kolej Profesional MARA Indera Makhota, Pahang
Setiap cawangan memang akan tawarkan kursus yang berbeza but mostly memang more kepada business lah. Dah nama pun MARA kan hahah. Tapi pada yang rasa nak sambung dalam bidang perubatan, korang boleh apply Kolej MARA (KM). Dengar kata nanti akan ada penambahan cawangan dekat Bachok, Kelantan tak silap. I pun tak sure jugak. Untuk anyone yang nak tengok kursus apa yang ditawarkan boleh check dekat SINI. Kalau korang perasan kat situ dah siap provide lagi MQA setiap kursus. Syarat kemasukan macam biasa lah mesti Bumiputera dan berketurunan Melayu. 

Okay itu sahaja. Penat lah nak menaip hahaha. Kalau ada kemusyikilan boleh lah komen ya. Nanti free free I jawab. Thank you for reading. 😁

Thursday, 4 June 2020

LIFE AS A DEGREE STUDENT

Hai korang.πŸ’›

Asyik cakap pasal skincare je so harini nak cakap sikit pasal life since life dah berubah dah sejak jadi student degree ni hahaha. So last year I dapat tawaran sambung belajar dekat Universiti Malaysia Kelantan. Okay apa yang paling best masa first time I sampai sana kan sebab I tengok kampus I tersangat lah dekat dengan supermarket dekat area Pengakalan Chepa tu. Tapi yang paling kelakar bila first day registration tu malam tu I dah start ada class. Ya UMK ada kelas malam gais. From 8 pm to 10 pm. So confirm confirm lah balik tu terus tidurπŸ˜‚πŸ˜‚

Okay for your information, kampus I tu kampus Kota tau. Student yang dapat kampus Kota ni memang tahu lah kenapa syok dapat area situ. Mcd seberang jalan. Hujung jalan sana ada MR.DIY. Pizza Hut ada Secret Recipes pun ada hahahah. So ya student kat sana takkan kebulur and yang pastinya duit PTPTN diaorang akan habis sebab asyik beli makanan je. Environment kat sana okay lah not bad. Lecturer yang peramah, student yang buat hal sendiri tak fikir pasal orang. And I think tu best lah for being student ni.πŸ’ͺ

I currently Semester 3. Since I student dari lepasan diploma, banyak jugak lah I dapat transfer credit. So kat situ I dah jimat setahun. Ikutkan I ada lagi setahun setengah untuk habis my degree. Sekejap kan? Tak sangka betul pejam celik pejam celik dah separuh dah rupanya belajar kat sini hahaha. Sejak COVID-19 ni, kitaorang belajar secara online. Ada yang okay ada yang tak. Tengok lah time tu internet okay or tak. But okay lah kot since dah nak habis dah satu semester belajar kat rumah.

If anyone mcm tertanya tanya kan I ambik kos apa. So kat sini I nak bagitahu yang I ambik kos Logistik. Jangan tanya I logistik ni kerja kat loji ke eeeee ada kena hempuk nanti. πŸ’’ Logistik ni meluas tau and the best part is logistic never stop unless the world stop tau. So nampak tak betapa pentingnya logistik ni in our life? Logistik ni satu cabang yang agak luas since dia melibatkan supply chain so of course banyak melibatkan aktiviti macam warehousing, transportation, production, distribution and macam macam lagi. Banyak sangat tau work opportunity if korang masuk dalam area ni sebab logistic ni one of essential service yang penting dalam global.

Bila korang yang ada niat nak sambung degree dalam this area, try lah Universiti Malaysia Kelantan. Why? Sebab UMK ada provide CILT untuk student tau. Siapa yang masuk logistik confirm akan tahu yang yuran CILT ni sangat lah mahal and you kena pergi kursus dia tau untuk dapat sijil. CILT ni macam ACCA certificate jugak cuma CILT ni for Logistic while ACCA for Accounting. So, if korang masuk UMK, korang dah tak payah pening pening dah untuk fikir pasal CILT sebab sini memang dah provide. Just tunggu untuk register sahaja and bayar yuran konvo dia. I tak sure harga exact berapa but I think dalam RM1,000 macam tu nak dibandingkan kalau u buat CILT kat luar harga memang jauh beza. So sepanjang 8 semester u kat sini, menyempat sangat untuk korang kumpul duit ya.

Untuk lepasan SPM, and I know ada je yang tak dapat UPU kan. Please jangan sedih sedih since rezeki ni luas tau. Disebabkan I alumni Kolej Profesional Mara (KPM) so I nak bagitahu kat sini sesiapa yang tak dapat UPU tu mohon lah KPM ya. Bukan KPM sahaja, ada jugak Kolej Mara (KM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM). So this college under MARA sepenuhnya ya. Rugi sangat siapa yang tak cuba apply sebab untuk KPM, MARA bagi elaun bulanan dekat korang selama 3 tahun u belajar RM300 sebulan and if you habis belajar tak kisah lah korang dapat dean list or not asalkan habis belajar je, korang tak perlu bayar balik elaun yang korang dapat selama 3 tahun tu. Bila korang dah habis belajar dah tak payah fikir nk bayar pinjaman apa smua. Asrama? Percuma weh. Buku takyah beli baru beli je dengan senior. Tapi ada je certain lecturer yang taknak guna buku senior. Certain lah yang pasti.

I student dari KPMAM (Ayer Molek, Melaka). So sesiapa yang pernah belajar kat sana tahu lah betapa mewahnya asrama perempuan kat sana hahahha. Setiap tingkat ada Coway, ada microwave and macam macam lagi. But now I taktahu lah sebab masa I dulu semua provide. Satu bilik 4 orang and ofc korang ada place korang sendiri sebab bilik sangat lah besar. Tbh besar sangat dengan bilik dengan asrama UMK hahahhahaha. Seriously memang best sangat. Untuk anyone yang nak ambik Logistik, KPM pun ada jugak ya bidang ni. Untuk yang nak ambik bidang business or account pun banyak. And yes fyi KPMAM sekarang dah ada ACCA ya. So sesiapa yang nak ambik ACCA boleh lah apply. Yuran murah gais satu semester just bayar RM180 je😭😭 Nikmat apa yang nak didustakan lagi ni?!


Okay nak masukkan lah satu gambar waktu konvo dulu. Rindu pulak heheheh.

So apa lagi korang apply lah dekat KPM. Mana tahu rezeki dapat kat sana. Sekarang kena bijak ya. I sekarang just fikir pinjaman waktu degree sahaja since time diploma I takda buat pinjaman. Kat situ dah rasa kurang beban sikit and please know bila u masuk degree, yuran degree mahal ya bukan murah murah. Tengok lah kalau I rajin I cerita pasal UMK dengan KPM. Kalau I rajin lah πŸ˜‚πŸ˜‚

Monday, 28 January 2019

WELCOME TO UMK !


After a few months ohh actually almost a year menganggur hahhaha since I already tolak offer untuk sambung belajar dekat UNIKL dengan KUPTM disebabkan jauh sangat and then I got offer letter from UMK which is Universiti Malaysia Kelantan. So Alhamdulillah sangat since dapat dekat gila dengan kampung boleh tiap minggu balik rumah nenek hahaha. 

Okay so I dapat tawaran untuk belajar kos Bachelor of Entrepreunership (Logistic and Distributive Trans) with Hons which is berpusat dekat UMK cawangan Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Tbh I am not sure UMK Pengkalan Chepa ni kat mana since I stay Terengganu. Ikutkan I akan masuk pada 17 Feb 2019 ni. Actually rasa macam berdebar jugak since dah setahun tinggalkan study mood ni hahahah. Okay wish me luck.

For now I masih tengah tengok review pasal UMK ni sebab nak tahu lah jugak kan uni ni macam mana but for sure lah takkan sama macam belajar dekat KPM dulu. Just hope lecturer kat sana okay and sporting macam belajar dekat kolej dulu lah. Amin. Dulu masa belajar dekat KPMAM I tak buat pinjaman pun since I dapat elaun dari MARA. Ohh nanti I akan update and cerita dekat korang pasal KPM ni since ramai gak yang tahu pasal kolej ni. Rugi sangat ! And paling best habis belajar tak payah pening kepala nak bayar duit belajar apa semua. But for now since dah pasang niat nak sambung belajar so semestinya kena buat pinjaman PTPTN lah jawabnya !

Okay setakat ni je dulu pasal UMK ni. Nanti I sambung balik sebab I dah takde idea dah hahah. Banyak lagi kena baca feedback and semua benda tu. Borang pun tak habis isi lagi.

So, ada sesiapa yang dapat UMK jugak and kos sama ? Boleh jadi geng hehe.