So today I gonna write about skincare since ramai dah tahu and dah boleh check skin type korang jenis macam mana. Boleh tengok kat sini untuk yang taktahu lagi macam mana nak check skin type korang. I akan update dari basic untuk mudah faham. Yang ni just basic okay and please know Basic Routine tak sama dengan Korea Skincare Routine yang ada 10 step tu.
Credit to : Pinterest.Com
1. Why we need to cleanse our face ?
Untuk buang and hilangkan segala debu, kotoran and segala benda yang ada kat muka kita. Take note yang cleanser pun ada jenis jenis dia jugak. Nanti I akan update jenis cleanser and contoh produk okay ? But for now kita untuk basic routine usually orang pakai yang jenis foam untuk pagi and jenis oil waktu malam.
Macam biasa cuci muka dengan air bersih dulu. Kuantiti pencuci jangan terlalu sikit and jangan terlalu banyak. Just nice. Buat urutan pada muka dengan gerakan circle. Don't forget dengan bahagian hairline, telinga and bahagian rahang jugak. Jangan fokus semata mata dia bahagian muka sahaja. Urut muka slow slow dalam beberapa minit then bilas dengan air bersih.
Sesetengah orang pernah cakap kalau nak cuci muka guna air suam suam untuk bagi pori terbuka. So what do you think about that fact? Betul ke? Actually based on my knowledge, pori kita ni bukan senang tau untuk bukak tutup macam tu haha. And I tak galakkan orang yang ada dry skin untuk cuci muka guna air suam sebab kulit boleh jadi kering lagi. So paling selamat guna lah air sejuk or air biasa untuk cuci muka korang. And kulit kita pun akan rasa fresh je !
After dah cuci, you boleh pilih lah sama ada nak lap guna tuala yang bersih or biarkan kulit you kering dengan sendiri. Tapi I galakkan you biar je kulit you kering dengan sendiri sebab at the same time air akan absorb dalam kulit kita and ni salah satu cara untuk dapatkan glass skin.
2. What is exfoliate ?
Exfoliate ni salah satu cara untuk kita buang sel kulit mati and bersihkan pores kita.
Ada 3 jenis exfoliate which is
- Chemical Exfoliate
- Physical Exfoliate
- Manual Exfoliate
Please take note untuk basic skincare routine, I suggest you guna physical exfoliate or manual exfoliate je. Sebab apa? You need to have a strong basic skincare routine before you nak cuba chemical exfoliate. Physical Exfoliate you boleh dapatkan dekat drugstore. Banyak brand yang ada but yang paling famous St.Ives. I suka pakai sebab dia smooth je and beads dia tak besar sangat so takde lah rosak you punya skin barrier. Untuk St.Ives I tak galakkan you pakai jenis apricot punya sebab dia ada walnut shell dalam tu. Beads dia pun agak kasar so I tak suggest yang ni. I pakai yang green tea punya. Best !
Chemical Exfoliate ni macam mana pulak ? Yang ni actually AHA/BHA tu. Kalau untuk whitehead or blackhead memang elok untuk pakai ni. Jenis exfoliate macam ni tak sama macam physical exfoliate tu. Dia macam toner. Kena stay on top of skin. Lepas pakai dah tak perlu cuci.
Manual Exfoliate ni pulak dia macam alat lah. Macam Mary Kay ada jual ha. And alat yang macam ni agak mahal but you boleh cari yang murah murah jugak. Naufal Antezem ada jual. You boleh purchase dengan dia haha. Tak silap I dia jual bawah 50MYR. So okay lah kan ?
So bila kena pakai ni? Once a week pun dah cukup. Untuk orang yang ada dry skin I suggest pakai sekali je dalam seminggu. Untuk normal skin, boleh lah nak pakai 3 kali seminggu. Jangan pakai setiap hari pulak.
3.Moisturise
Kenapa kita kena moisturise kulit kita? Untuk make sure yang kulit kita sentiasa hydrate and lembab. So takde lah kulit nampak kusam. Bila nak kena pakai ? Lepas you cuci muka you dengan cleanser.
Apa beza hydration dengan moisturizing ?
Hydration
- Bind water to our skin
Moisturizing?
- Untuk elakkan dari air keluar dari skin kita. Macam lock kelembapan.
Apa yang ada dalam moisturizer?
- Humectants -Moist our skin. Dia macam magnet. Tarik air dari surroundings. Boleh jadi kering kalau persekitaran kita kering. Example : Glycerin, hyaluronic acid, aloe vera or honey
- Occlusive -Traps water and acts like a barrier to avoid water lost. Untuk skin type oily tak sesuai sangat tapi untuk orang yang ada dry skin memang bagus. Occlusive dia texture dia thick and heavy. Example: Petroleum Jelly or Olive Oil
- Emollients -Fill in our skin to make it smoother
So untuk jenis skin oily, I prefer untuk cari produk yang jenis hydrating while untuk skin jenis dry boleh cuba cari produk yang jenis moisturizing. Pape pun please buat patch test untuk tahu skin you ada sensitive dengan ingredients apa.
4.Protect ?How to protect our skin? By using sunblock or sunscreen. Asalnya sunblock tu produk untuk protect from UVA while sunscreen pulak untuk protect from UVB. Tapi sekarang sunblock ke sunscreen ke dua dua sama je sebab both of them memang ada protect dari UVB or UVA. So jangan pening kepala lagi fikir apa beza dia. Sebab sama je. Perlu ke ? Wajib ! Kulit kita akan terdedah dengan sinar UV/matahari. Sebab tu kita kena pakai sunblock.
UVA - Boleh menyebabkan kanser kulit and boleh buat kulit kita jadi pigmentasi. Nak ke?!
UVB - Boleh menyebabkan sunburn.
Yang ni biasa you akan selalu nampak dekat produk sunblock or moisturiser. SPF tu Skin Protecting Factor. Fungsi dia untuk elakkan kulit dari terkena UVA. PA pulak Photo Aging Scale and berfungsi untuk elakkan kulit dari terkena UVB
Kena pakai setiap hari ke ? Yes. You kena pakai setiap hari and kena reapply setiap 2 jam untuk dapat extra protection.
"Alaaa lecehlah. Dah kalau pakai makeup then kena cuci makeup lah sebab nak reapply sunblock lagi?"
Sunblock ada jenis spray if you malas nak cuci makeup you or boleh je you dap dap dengan bedak or foundation yang ada SPF.
Lagi tinggi SPF lagi elok. Tapi untuk yang stay Malaysia SPF50 pun dah cukup. SPF ni ambil masa 30 minit untuk buat kulit terbakar kalau terdedah dengan cahaya matahari. So bila you pakai SPF50, 30minit X 50 = 500minit baru kulit you terbakar. If you punya moisturiser dah ada SPF tapi biasanya dalam SPF20 and then you pakai sunblock yang ada SPF50, dia akan ambik kira SPF paling tinggi ya.
maksud reapply susncreen every 2 hrs tu, kena cuci muka dulu or terus apply? thank you
ReplyDelete