Hai korang.π
Asyik cakap pasal skincare je so harini nak cakap sikit pasal life since life dah berubah dah sejak jadi student degree ni hahaha. So last year I dapat tawaran sambung belajar dekat Universiti Malaysia Kelantan. Okay apa yang paling best masa first time I sampai sana kan sebab I tengok kampus I tersangat lah dekat dengan supermarket dekat area Pengakalan Chepa tu. Tapi yang paling kelakar bila first day registration tu malam tu I dah start ada class. Ya UMK ada kelas malam gais. From 8 pm to 10 pm. So confirm confirm lah balik tu terus tidurππ
Okay for your information, kampus I tu kampus Kota tau. Student yang dapat kampus Kota ni memang tahu lah kenapa syok dapat area situ. Mcd seberang jalan. Hujung jalan sana ada MR.DIY. Pizza Hut ada Secret Recipes pun ada hahahah. So ya student kat sana takkan kebulur and yang pastinya duit PTPTN diaorang akan habis sebab asyik beli makanan je. Environment kat sana okay lah not bad. Lecturer yang peramah, student yang buat hal sendiri tak fikir pasal orang. And I think tu best lah for being student ni.πͺ
I currently Semester 3. Since I student dari lepasan diploma, banyak jugak lah I dapat transfer credit. So kat situ I dah jimat setahun. Ikutkan I ada lagi setahun setengah untuk habis my degree. Sekejap kan? Tak sangka betul pejam celik pejam celik dah separuh dah rupanya belajar kat sini hahaha. Sejak COVID-19 ni, kitaorang belajar secara online. Ada yang okay ada yang tak. Tengok lah time tu internet okay or tak. But okay lah kot since dah nak habis dah satu semester belajar kat rumah.
If anyone mcm tertanya tanya kan I ambik kos apa. So kat sini I nak bagitahu yang I ambik kos Logistik. Jangan tanya I logistik ni kerja kat loji ke eeeee ada kena hempuk nanti. π’ Logistik ni meluas tau and the best part is logistic never stop unless the world stop tau. So nampak tak betapa pentingnya logistik ni in our life? Logistik ni satu cabang yang agak luas since dia melibatkan supply chain so of course banyak melibatkan aktiviti macam warehousing, transportation, production, distribution and macam macam lagi. Banyak sangat tau work opportunity if korang masuk dalam area ni sebab logistic ni one of essential service yang penting dalam global.
Bila korang yang ada niat nak sambung degree dalam this area, try lah Universiti Malaysia Kelantan. Why? Sebab UMK ada provide CILT untuk student tau. Siapa yang masuk logistik confirm akan tahu yang yuran CILT ni sangat lah mahal and you kena pergi kursus dia tau untuk dapat sijil. CILT ni macam ACCA certificate jugak cuma CILT ni for Logistic while ACCA for Accounting. So, if korang masuk UMK, korang dah tak payah pening pening dah untuk fikir pasal CILT sebab sini memang dah provide. Just tunggu untuk register sahaja and bayar yuran konvo dia. I tak sure harga exact berapa but I think dalam RM1,000 macam tu nak dibandingkan kalau u buat CILT kat luar harga memang jauh beza. So sepanjang 8 semester u kat sini, menyempat sangat untuk korang kumpul duit ya.
Untuk lepasan SPM, and I know ada je yang tak dapat UPU kan. Please jangan sedih sedih since rezeki ni luas tau. Disebabkan I alumni Kolej Profesional Mara (KPM) so I nak bagitahu kat sini sesiapa yang tak dapat UPU tu mohon lah KPM ya. Bukan KPM sahaja, ada jugak Kolej Mara (KM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM). So this college under MARA sepenuhnya ya. Rugi sangat siapa yang tak cuba apply sebab untuk KPM, MARA bagi elaun bulanan dekat korang selama 3 tahun u belajar RM300 sebulan and if you habis belajar tak kisah lah korang dapat dean list or not asalkan habis belajar je, korang tak perlu bayar balik elaun yang korang dapat selama 3 tahun tu. Bila korang dah habis belajar dah tak payah fikir nk bayar pinjaman apa smua. Asrama? Percuma weh. Buku takyah beli baru beli je dengan senior. Tapi ada je certain lecturer yang taknak guna buku senior. Certain lah yang pasti.
I student dari KPMAM (Ayer Molek, Melaka). So sesiapa yang pernah belajar kat sana tahu lah betapa mewahnya asrama perempuan kat sana hahahha. Setiap tingkat ada Coway, ada microwave and macam macam lagi. But now I taktahu lah sebab masa I dulu semua provide. Satu bilik 4 orang and ofc korang ada place korang sendiri sebab bilik sangat lah besar. Tbh besar sangat dengan bilik dengan asrama UMK hahahhahaha. Seriously memang best sangat. Untuk anyone yang nak ambik Logistik, KPM pun ada jugak ya bidang ni. Untuk yang nak ambik bidang business or account pun banyak. And yes fyi KPMAM sekarang dah ada ACCA ya. So sesiapa yang nak ambik ACCA boleh lah apply. Yuran murah gais satu semester just bayar RM180 jeππ Nikmat apa yang nak didustakan lagi ni?!
Okay nak masukkan lah satu gambar waktu konvo dulu. Rindu pulak heheheh.
So apa lagi korang apply lah dekat KPM. Mana tahu rezeki dapat kat sana. Sekarang kena bijak ya. I sekarang just fikir pinjaman waktu degree sahaja since time diploma I takda buat pinjaman. Kat situ dah rasa kurang beban sikit and please know bila u masuk degree, yuran degree mahal ya bukan murah murah. Tengok lah kalau I rajin I cerita pasal UMK dengan KPM. Kalau I rajin lah ππ
0 comments:
Post a Comment