Thursday, 20 August 2020

ROSA GLOW TREATMENT ESSENCE

This product is one of favourite product dari Kayman Beauty. 

What it claim?

"Rosa Glow Treatment Essence is a brightening essence formulated with only eight carefully selected ingredients including 2% Alpha Arbutin and Beetox-H. Rosa Glow Treatment Essence has a thin, watery consistency but is packed with active ingredients to help fade hyperpigmentation, brighten overall complexion tighten skin and diminish fine lines."

Ingredients :

Water, Cucumber Extract, Glycerin, Beetox-H, Xanthan Gum, Rosa Damascena Flower Water, Alpha Arbutin, Phenoxyethanol

Price : 

RM89.00 for 120ml. For travel sive you can get around RM45.00 for 30ml

As I mentioned earlier, this product comes in two sizes which is 120ml and 30ml. It comes in black plastic bottle. Currently, Kayman dah tukar packaging dia dari transparent bottle to opaque. However it's really difficult untuk check kuantiti essence yang masih tinggal dalam botol. Luckily, Kayman tukar lagi sekali bottle dia so that I can see through so I can know how much the essence left inside. It has a black screwable lid and the size is just enough to dispense the product. List of ingredients are clearly written on the bottle as well. I also suka dengan texture dia sebab sangat lightweight and mudah absorb dekat skin. This product also ada bau Rose but tak kuat sangat. For those yang nak cuba this essence, I recommend untuk korang beli travel size dulu then bila rasa sesuai dengan skin baru purchase yang normal size. 

New packaging of Rosa Glow Treatment Essence


HONEST REVIEW ABOUT THIS PRODUCT?

I like this essence sebab buat skin I rasa well hydrated and looks glowing as well. It doesn't show drastic result but I can see a lot improvement on my skin since this product contain Alpha Arbutin which is good for people who have scar skin concern. I've been using this product for a few months and currently dah pakai botol yang ke dua. All I can say that this product is quite good even though it's quite pricey.


Will I re-purchase it?

Definitely yes!



Thursday, 6 August 2020

KOLEJ PROFESSIONAL MARA




Assalamualaikum semua. 

Haritu pernah janji nak ceritakan sikit secara lebih detail pasal Kolej Professional Mara since I pun one of alumni dari kolej ni so why not kan I share sikit sikit pasal KPM ni. Dulu tak ramai sangat yang tahu pasal KPM ni even this college under MARA sendiri but sekarang sebut je pasal KPM confirm orang dah tahu cuma ada lah certain people masih confius KPM dengan KPTM hahaha. Okay so kat sini I nak bagitahu yang KPM and KPTM adalah dua kolej yang berbeza ya anak anak. KPM short form dari Kolej Professional MARA and KPTM is Kolej Polytech MARA ya. Lain itu anak anak.

So apa yang lain? Untuk pengetahuan korang KPM ni memang kolej yang ditanggung 100% oleh MARA ya manakala KPTM separuh MARA separuh swasta. Secara jujurnya after I habis SPM, agak confius jugak ya nak masuk mana. Sama ada UITM, KPM or KPTM since I got ketiga tiga offer. Bila dah tengok secara detail nya apa perbezaan KPM dengan KPTM, I terus decide untuk pergi KPM cawangan Melaka which is Ayer Molek. So harini, I nak cerita apa bestnya if korang apply KPM.

1. YURAN PENGAJIAN PERCUMA
Percaya atau tak if I cakap yuran pengajian sepanjang belajar dekat KPM percuma? Ya, percuma wahai anak anak sekalian. Itu paling best sebab korang tak perlu susah payah tau nak apply biasiswa or pinjaman since KPM tawarkan pengajian secara PERCUMA. So bermakna student yang belajar kat sini memang ditanggung seratus peratus ya oleh kerajaan dan MARA. Cuma setiap semester korang just perlu bayar around RM250++ macam tu untuk yuran pendaftaran semester, muafakat dengan koperasi sahaja. Untuk pembayaran buku usually around RM100++ je but time I dulu I banyak beli dengan senior so lagi jimat ya. 

2. PENGAJIAN HANYA 2 TAHUN
Masa I dulu pengajian ambik masa 3 tahun jugak sebab kitaorang ada praktikal but now apa yang I dengar sekarang KPM dah tak offer student untuk buat praktikal. So, basically korang dah jimat setahun then dah dapat diploma dah. Kalau kat tempat lain usually 3 tahun jugak kan. Bila dah jimat setahun so if korang ada niat nak sambung ambik degree, tak ke jimat kat situ masa korang? Dah lah habis je diploma korang dah bersenang lenang dah sebab takde hutang. Ya Allah best weh. If niat nak cari kerja pun dah syok sebab tak hutang nak ke bayar. 

3. ELAUN BULANAN SEBANYAK RM300 KEPADA PELAJAR
Sepanjang belajar dekat KPM, MARA dah provide kan elaun bulanan kepada kesemua pelajar tak kira miskin atau kaya sebanyak RM300 ya. And apa yang best elaun yang korang dapat sepanjang belajar kat sini tak perlu dibayar balik tau. And if waktu tu merupakan waktu cuti semester pun, kolej tetap akan berikan elaun kepada student cuma separuh jela. It means waktu korang cuti semester, korang dapat RM150 setiap bulan. Boleh lah sikit sikit tampung perbelanjaan korang. Since I dulu belajar dekat area Ayer Molek so kitaorang memang jauh jugak lah dari bandar kan so niat berjoli tu memang kekadang tak tercapai pun since banyak duit gak nak ke bandar tu nak bayar Grab apa lagi. So I bersyukur sebab dapat belajar kat sana. Hasutan nak shopping tu tak berapa nak ada hahaha.

4. TEMPAT PENGINAPAN PERCUMA
Ya, tempat penginapan aka asrama yang KPM provide adalah PERCUMA. Korang tak perlu nak bayar yuran asrama ya bila masuk ini. Free of charge. Cuma korang perlu bayar RM3.00 untuk setiap peralatan eletrik yang korang bawak contohnya charger phone. Macam biasa lah mana mana universiti or kolej pun korang kena beli sticker tau or kalau tak hm kena rampas lah barang korang tu if tak tampal sticker kolej. 

So kat sini I nak bagitahu awal awal, if siapa yang dapat KPMAM tu bagi student perempuan, mashaAllah bertuahnya korang. Sebab apa? Asrama KPMAM perempuan ni cantik ya amat sebab baru lagi. And satu bilik tu duduk empat orang tapi masing masing ada space sendiri tau. Senang cakap bilik memang luas gila lah. Nak cakap betapa besarnya asrama kat sini which is satu tingkat ada 55 bilik tau and asrama dia empat tingkat gais. Kat tengah tengah tu ada laman. Asrama perempuan dekat KPMAM dipanggil Kediaman Tun Teja. Setiap tingkat ada dua pantri sebelah kiri dan kanan. Ada satu bilik gosok setiap tingkat. Setiap penjuru ada tandas yang memang besar gila and ada gym yang memang khas untuk perempuan sahaja. Tingkat paling bawah ada bilik TV. Bilik pantri pun nice teruk siap ada meja kat tengah tengah, ada microvave, siap ada Coway lagi. So apa yang boleh I cakap memang tempat penginapan sangat selesa ya. Oh tak lupa jugak kat dalam toilet tu ada satu bahagian untuk tempat jemur baju and ada mesin basuh. 

5. KEPELBAGAIAN KURSUS YANG DIIKTIRAF OLEH MQA
I ingat lagi dulu pernah kecoh pasal kursus yang diaorang ambik then tup tup dapat tahu tak diiktiraf oleh MQA. Sedih weh. Tapi I dah lupa dah kolej/universiti mana. Jangan risau ya, KPM tawarkan kursus yang diiktiraf oleh MQA tau. What is MQA? MQA ni Malaysian Qualification Agency. Bila korang nak further studies nanti tak kisah lah dekat mana mana pun, kena make sure tau yang kursus yang korang ambik tu memang ada MQA if tak, Allahu sia sia lah korang belajar bertahun tahun tapi course tu tak laku and tak sah. 

If masa korang belajar time diploma tu and result keluar memang flying colour lah kan, korang boleh apply untuk sambung belajar dekat luar negara tau. And yes, MARA akan tanggung korang sekali lagi. Diploma tanggung Degree pun tanggung. Best teruk. Tapi korang boleh jugak nak apply sponsor lain or nak taja diri sendiri. Atas korang punya pilihan lah yang tu.  Kat sini korang nampak kan, yang KPM punya sijil memang valid even dekat luar negara pun. Tapi sini I nak bagitahu, ada certain tahun yang MARA tak tawarkan pun untuk ke luar negara. Tengok atas bajet lah haha. Tapi masa I dulu memang ditawarkan since ada a few kawan I dapat fly ke New Zealand untuk sambung belajar. Pelajar yang ditawarkan untuk sambung belajar ni usually result memang kena 3.90 ke atas lah. And kena faham yang ia bukan biasiswa tau tapi pinjaman boleh ubah. Kalau result cantik, kurang lah bayaran pinjaman yang kena bayar. 

"Graduan KPM boleh sambung belajar dekat Institusi Awam tak?"
Ya, boleh adik adik. I salah seorang graduan KPM yang sekarang tengah sambung belajar dekat IPTA which is dekat Universiti Malaysia Kelantan. Sekarang dah nak masuk tahun terakhir dah padahal I baru masuk awal tahun 2018. Sebab apa? I dapat transfer kredit so dah jimat setahun weh untuk degree. So tak rugi ya if korang masuk KPM since subjek yang korang ambik if sama masa korang belajar nanti boleh transfer je. Tak payah nak belajar balik. Tak ke untung kat situ?


In total KPM ada enam cawangan which is :
  • Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka
  • Kolej Profesional MARA Bandar Melaka, Melaka
  • Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor
  • Kolej Profesional MARA Seri Iskandar, Perak
  • Kolej Profesional MARA Bandar Penawar, Johor
  • Kolej Profesional MARA Indera Makhota, Pahang
Setiap cawangan memang akan tawarkan kursus yang berbeza but mostly memang more kepada business lah. Dah nama pun MARA kan hahah. Tapi pada yang rasa nak sambung dalam bidang perubatan, korang boleh apply Kolej MARA (KM). Dengar kata nanti akan ada penambahan cawangan dekat Bachok, Kelantan tak silap. I pun tak sure jugak. Untuk anyone yang nak tengok kursus apa yang ditawarkan boleh check dekat SINI. Kalau korang perasan kat situ dah siap provide lagi MQA setiap kursus. Syarat kemasukan macam biasa lah mesti Bumiputera dan berketurunan Melayu. 

Okay itu sahaja. Penat lah nak menaip hahaha. Kalau ada kemusyikilan boleh lah komen ya. Nanti free free I jawab. Thank you for reading. 😁

Friday, 31 July 2020

KAYMAN BEAUTY SKINTELLA REPAIRING SERUM

If korang merupakan rakyat Twitter confirm selalu dengar one of local product yang memang sekarang tengah well known and famous. Yes, I cakap pasal Kayman Beauty. So a few months ago, I ada lah jugak purchase a few product range from this brand. Honestly, I jenis tak berapa nak percaya sangat dengan local product since a lot of case yang memang melibatkan dengan local product ni. Siapa tahu tu tahu lah kan. I taknak mention any brand kat sini hehe. But for this brand, I agak berani jugak nak try since a lot of feedback dari rakyat jelata Twitter yang mengatakan this product memang setaraf dengan any product yang ada dekat drugstore. I have a major breakout yang membuatkan I tengah cuba sedaya upaya untuk try this product since tengok memang ramai pakai menjadi.

This brand also memang trusted since their labelling product memang lengkap siap ada address, manufacture date, batch no, precaution and full ingredients list. And this brand tak ada claim yang merepek yang biasa kita dengar hahaha.


What it claims?
"Skintella Repairing Serum was carefully crafted to cater especially to those with highly reactive and sensitive skin. The serum can help diminish redness, calm irritation and improve overall skin health. Not only can this serum support wound healing, it also optimizes skin recovery and salvation. the Skintella Repairing Serum is formulated in a lightweight gel form to avoid greasiness and unpleasant sensations, making it suitable for all skin type."

Ingredients :
Aqua, Glycerin, Centella Asiatica Leaf Extract, Bifida ferment lysate, Citrus reticulate (tangerine) peel extract, Imperata cylindrical root extract, Arbutin, Vitis Vinifera/Vitis Vinifera (Grape) Seed Extract, Lecithic, Linoleic Acid, Linolenic Acid, Tocopheryl Acetate, Sodium Ascorbyl Phosphate, Glutathione, Tocopherol, Acrylates/C10-30 alkylate acrylate crosspolymer, Phenoxyethanol, Triethylene glycol

Price : RM69.00

It contains 30ml and packaging dia agak cantik. Sangat exclusive. However, I punya serum asyik meleleh keluar even though I tak pump pun so it's quite frustrated sikit. But overall okay lah for me. Masa I memula purchase, dia punya bottle jenis opaque. So I tak nampak tinggal berapa kerat je serum I dalam tu. Tahu tahu je dah habis hahah. But now, Kayman Beauty dah tukar dah bottle dia dengan design yang baru. So dah boleh nampak dah serum dekat dalam bottle tu. Senang if dah nampak macam, dah nak habis tu dah boleh buat stock baru haha. 

New packaging for Skintella Repairing Serum

Honest Review :
I've been using this serum for a few weeks. For me the price for this product it's quite pricey but masih boleh diterima dek akal since the main ingredients for this product is Skintella Asiatica. Texture this serum okay nice je sebab macam mosturizer jenis gel. Sangat cepat absorb dalam skin and takde rasa melekit after apply. This serum also fragnance free. Even though this serum punya texture nice and their ingredients are good, however it's not suitable for my skin. I realized everytime I pakai this serum, my skin akan rasa itchy sampai I terpaksa basuh balik muka I and apply aloe vera gel for sooth my skin. And this serum also buat my skin naik pimples yang merah and inflame. So, I stop using this serum. 

"Eh tadi cakap pakai sampai habis ke?"
Ya, tapi I pakai dekat badan I. Sayang lah beli memahal tapi tak habis kan hahahah.

So basically maybe I tak boleh dengan Skintella since I pakai je terus tak sesuai dengan muka I. Every skin is different. Maybe tak sesuai dengan I tak sesuai untuk skin korang. Apa pun make sure kena check ingredients first if korang dah tahu ingredients apa yang tak sesuai dengan skin korang. Results from using this serum may vary depending on your own skin. Have a good day. 💛💛

Thursday, 16 July 2020

PINK BY PURE BEAUTY

Korang pernah dengar tak satu produk yang agak baru jugak masuk dalam Watsons and it's from Korea? So hello to PINK By Pure Beauty !!

So this entry kalini I nak carita sikit mengenai this product since produk ni makin hari makin famous jugak. So I ada try a few product range from Pure Beauty. I start from their mosturiser which is Pudding Cream. Yang ni sumpah memang famous gila and selalu jugak if I nak pergi restock my mosturiser kekadang tinggal 2 box je so kena grab cepat cepat tanpa fikir ada promotion or tak waktu tu hahaha. So today, I akan buat review untuk product range yang I pakai from this product and it might help korang untuk buat pemilihan dalam skincare hehehe.

Let's start.

1. PINK By Pure Beauty So Soft Foam Cleanser


This type of cleanser ni jenis mild foaming cleanser which is dia tak berbuih sangat lah but still sangat effective ya untuk buang segala kekotoran dekat muka kita. Since muka I kekadang mcm oily so this cleanser memang membantu I untuk kurangkan rasa berminyak tu. The best part is after I bilas, my skin takde rasa tegang. I rasa fresh and no irritation at all. So I know this cleanser memang suitable dengan skin I sekarang.

For those yang ada problem dengan fungal acne, I highly not recommend untuk korang guna this cleanser since this cleanser contains Moringa Oleifera Seed Oil, Soium Methyl Cocoyl Taurate, Sodium Cocyl Isethionate yang boleh buat trigger to fungal acne ya. So those yang ada problem dengan fungal acne, korang kena make sure untuk avoid this ingredients.

Suitable for : Normal, oily and dry skin
Price : RM 27.93

2. PINK By Pure Beauty Bye Bye Pores Clay Mask



Clay mask if one of important step in skincare routine. Clay mask dari Pure Beauty ni the best is bila nak basuh sangat senang ya. Usually ada certain clay mask bila kita nak bilas tu allahu struggle betul. Bau dia pun okay jugak. Make sure you basuh dia sebelum dia kering ya kalau tak clay mask ni akan absorb kelembapan skin kita. I suka betul dengan clay mask dia sebab dia cepat keringkan jerawat kita ya and tiny bumps pun nampak kurang dari biasa.

Suitable for : All skin type
Price : RM22.95

3. PINK By Pure Beauty So Smooth Pudding Cream


I dah pakai this mosturiser dah masuk botol ke 3 and I'm really love it so much! Texture dia jenis gel so sangat cepat absorb dalam skin kita. Tak tinggalkan rasa yang sticky or berminyak. Nice sangat sebab you boleh rasa your skin lembap je. I usually susah betul nak cari mosturiser yang sesuai dengan skin I sebab my skin mudah sangat dapat irritation if produk tu tak sesuai dengan I. So masa I first nak try pudding cream ni risau jugak takut tak sesuai but gladly sesuai pulak. Paling best pudding cream ada Niacinamide ya so this ingredients memang untuk sooth skin kita adn buat skin kita lebih bright.

Suitable for : Normal, dry and oily skin
Price : RM35.62

So, I baru je try tiga produk range from PINK By Pure Beauty and honestly ya this product already be my favourite and holy grail hahahha. I akan try purchase yang lain pulak. Maybe I akan start untuk purchase Essence Water dengan Lotion Mist dulu untuk try tengok sama ada this product sesuai or tak dengan skin I. Note to yourself ya, if you nak tukar skincare product, make sure you tukar slow slow. Jangan terus bila satu set then pakai. Nanti your skin terkejut dengan ingredients baru. Make sure buat patch test dulu and check ingredients whether ingredients tu sesuai tak untuk skin you.

That's all from me. Thanks for spending your time here. Enjoy your day and stay safe. 😇




Friday, 5 June 2020

3 TYPES OF ACNE MEDICATION


Hey guys!

Setelah sekian lama tak update so here I am. Since dah lama sangat ni tak update my blog so harini I rasa rajin sikit nak sambung menulis semula hehehe. So what topic kita nak bincang harini? To be honest sejak I dah duduk dekat Universiti Malaysia Kelantan (UMK), my skin tetiba breakout. So disebabkan I dalam fasa "breakout" so I macam banyak jugak lah buat research pasal acne medication ni.

So, today I akan fokuskan 3 jenis ubat jerawat yang maybe membantu korang untuk treat korang punya skin. So, a lot of people asked apa perbezaan tiga jenis ubat jerawat which is Clindamycin, Benzoyl Peroxide and Adapalene.There is a very big difference and difference dia memang besar.

So what is Clindamycin?
Clindamycin ni adalah sejenis antibiotik yang digunakan untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Sekarang ada banyak jenis Clindamycin yang korang boleh jumpa dekat farmasi. But the famous one and now I use dari dulu sampai lah sekarang is Topicil lah. Harga? Kalau dekat farmasi Alpro RM33.00 untuk satu botol and satu botol boleh tahan around 2 months macam tu tengok cara penggunaan macam mana pulak. So please know, Clindamycin ni adalah sejenis antibiotik tau so you tak boleh pakai selalu. For me, I akan pakai bila I nak jerawat je sebab this one might be resistance with your skin if penggunaan terlampau lama.

I akan tunjukkan dekat korang dua jenis brand yang famous. Satu is Topicil and another one is T3. Since this ubat yang terkawal so it's better untuk consult first with your doctor or pharmacist before beli ya.
                                 



Cara I guna, I akan pakai 2 kali sehari. Siang and malam. Dap kan area yang ada jerawat ya. DAP ! So untuk effective, I usually akan pakai 2 layer. First dap dulu then tunggu sampai kering dah resap dalam your skin apa smua buat layer ke dua. Then pakai Benzoyl Peroxide on spot area sahaja.

So what is Benzoyl Peroxide?
So kita dapatkan Benzoyl Peroxide tu dari Hidrogen Peroxide iaitu sejenis asid yang kuat. So Benzoyl Peroxide ni bila kita letak spot cream dekat atas jerawat yang kita ada, Benzoyl Peroxide ni akan masuk dalam kulit kita and then dia akan burn kan kita punya bakteria yang ada dekat jerawat tu. So, dia akan bunuh bakteria tu but at the same time Benzoyl Peroxide ni jugak akan burnkan kita punya kulit. So because of this effect, your skin might be dark spot yang kita panggil PIH or (Post-inflammatory Hyperpigmentation). This type of medication ni ramai yang suka sebab effect dia serta merta tau. You letak je dalam masa 12 jam, jerawat akan kecut. Make sure korang letak dekat spot area sahaja ya bukan satu muka sebab Benzoyl Peroxide ni boleh buat your skin kering.

If your skin can't tolerate with this, mungkin buat skin you sangat kering firstly apply your mosturiser and continue put Benzoyl Peroxide dekat spot area ya. Benzoyl Peroxide ni you boleh je dapat dekat drugstore. So I right now tengah pakai brand OXY and i ambik OXY5 je dulu. Biar skin you boleh tolerate then you boleh tukar ke OXY10. Apa beza antara dua ni? Peratus Benzoyl Peroxide sahaja yang membezakan dia. So untuk newbie, I galakkan sangat ambik yang OXY5 dulu ya. Harga pun murah I think tak smpai pun berbelas. Sorry lupa. You boleh check ya nanti hehe.

Cara I guna pulak, I akan pakai waktu malam sahaja and letak dekat tempat yang ada jerawat je.

I bagi contoh one of brand ya. Ada je brand yang lain but this one senang untuk you cari dekat mana mana drugstore and plus harga dia agak murah.


#Disclaimer : 
Lain skin lain effect tau. Ada orang pakai terus esok kecut and ada jugak orang kena pakai sampai 2 ke 3 hari untuk tengok effect dia. 

How about Adapalene?
So Adapalene ni is one of medication used to treat acne. Fungsi yang sama macam Benzoyl Peroxide but dia takkan burn kan kulit kita macam Benzoyl Peroxide. Effect yang agak slow sikit so maybe dalam masa 2 hingga ke 3 hari baru nampak baru dapat effect. Adapalene is a bit slow usualy takes 48 to 72 hours baru dia akan kurang. So apa yang dia concern? Adapalene usually akan kurangkan kelenjar minyak kita.


One of famous brand which is Differin. Harga tu I tak sure sebab tak pernah pakai this type of medicine. But you boleh check dekat farmasi or Shoppee sebab haritu I ada nampak lah orang jual ubat ni. But please make sure ya produk tu ori. Check first!

So sekarang dah tahu kan apa perbezaan dia? I highly recommend untuk sesiapa yang breakout untuk try this one sebab dia sangat membantu untuk reduce you punya jerawat. But remember tau. Lain orang lain skin dia. Ada orang ambik masa sebulan untuk elok and ada orang ambik masa berbulan bulan untuk dapat effect dia. Kunci dia kat sini is SABAR and CONSISTENCE ! If you tak pakai Benzoyl Peroxide since this medication boleh dikatakan emergency medication jugak, so I highly recommend you untuk pakai Clindamycin dengan Adapalene ya. Gunakan kedua dua sekali untuk dapat effect yang bagus and result is better.

All picture credit to : Google

Thursday, 4 June 2020

LIFE AS A DEGREE STUDENT

Hai korang.💛

Asyik cakap pasal skincare je so harini nak cakap sikit pasal life since life dah berubah dah sejak jadi student degree ni hahaha. So last year I dapat tawaran sambung belajar dekat Universiti Malaysia Kelantan. Okay apa yang paling best masa first time I sampai sana kan sebab I tengok kampus I tersangat lah dekat dengan supermarket dekat area Pengakalan Chepa tu. Tapi yang paling kelakar bila first day registration tu malam tu I dah start ada class. Ya UMK ada kelas malam gais. From 8 pm to 10 pm. So confirm confirm lah balik tu terus tidur😂😂

Okay for your information, kampus I tu kampus Kota tau. Student yang dapat kampus Kota ni memang tahu lah kenapa syok dapat area situ. Mcd seberang jalan. Hujung jalan sana ada MR.DIY. Pizza Hut ada Secret Recipes pun ada hahahah. So ya student kat sana takkan kebulur and yang pastinya duit PTPTN diaorang akan habis sebab asyik beli makanan je. Environment kat sana okay lah not bad. Lecturer yang peramah, student yang buat hal sendiri tak fikir pasal orang. And I think tu best lah for being student ni.💪

I currently Semester 3. Since I student dari lepasan diploma, banyak jugak lah I dapat transfer credit. So kat situ I dah jimat setahun. Ikutkan I ada lagi setahun setengah untuk habis my degree. Sekejap kan? Tak sangka betul pejam celik pejam celik dah separuh dah rupanya belajar kat sini hahaha. Sejak COVID-19 ni, kitaorang belajar secara online. Ada yang okay ada yang tak. Tengok lah time tu internet okay or tak. But okay lah kot since dah nak habis dah satu semester belajar kat rumah.

If anyone mcm tertanya tanya kan I ambik kos apa. So kat sini I nak bagitahu yang I ambik kos Logistik. Jangan tanya I logistik ni kerja kat loji ke eeeee ada kena hempuk nanti. 💢 Logistik ni meluas tau and the best part is logistic never stop unless the world stop tau. So nampak tak betapa pentingnya logistik ni in our life? Logistik ni satu cabang yang agak luas since dia melibatkan supply chain so of course banyak melibatkan aktiviti macam warehousing, transportation, production, distribution and macam macam lagi. Banyak sangat tau work opportunity if korang masuk dalam area ni sebab logistic ni one of essential service yang penting dalam global.

Bila korang yang ada niat nak sambung degree dalam this area, try lah Universiti Malaysia Kelantan. Why? Sebab UMK ada provide CILT untuk student tau. Siapa yang masuk logistik confirm akan tahu yang yuran CILT ni sangat lah mahal and you kena pergi kursus dia tau untuk dapat sijil. CILT ni macam ACCA certificate jugak cuma CILT ni for Logistic while ACCA for Accounting. So, if korang masuk UMK, korang dah tak payah pening pening dah untuk fikir pasal CILT sebab sini memang dah provide. Just tunggu untuk register sahaja and bayar yuran konvo dia. I tak sure harga exact berapa but I think dalam RM1,000 macam tu nak dibandingkan kalau u buat CILT kat luar harga memang jauh beza. So sepanjang 8 semester u kat sini, menyempat sangat untuk korang kumpul duit ya.

Untuk lepasan SPM, and I know ada je yang tak dapat UPU kan. Please jangan sedih sedih since rezeki ni luas tau. Disebabkan I alumni Kolej Profesional Mara (KPM) so I nak bagitahu kat sini sesiapa yang tak dapat UPU tu mohon lah KPM ya. Bukan KPM sahaja, ada jugak Kolej Mara (KM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM). So this college under MARA sepenuhnya ya. Rugi sangat siapa yang tak cuba apply sebab untuk KPM, MARA bagi elaun bulanan dekat korang selama 3 tahun u belajar RM300 sebulan and if you habis belajar tak kisah lah korang dapat dean list or not asalkan habis belajar je, korang tak perlu bayar balik elaun yang korang dapat selama 3 tahun tu. Bila korang dah habis belajar dah tak payah fikir nk bayar pinjaman apa smua. Asrama? Percuma weh. Buku takyah beli baru beli je dengan senior. Tapi ada je certain lecturer yang taknak guna buku senior. Certain lah yang pasti.

I student dari KPMAM (Ayer Molek, Melaka). So sesiapa yang pernah belajar kat sana tahu lah betapa mewahnya asrama perempuan kat sana hahahha. Setiap tingkat ada Coway, ada microwave and macam macam lagi. But now I taktahu lah sebab masa I dulu semua provide. Satu bilik 4 orang and ofc korang ada place korang sendiri sebab bilik sangat lah besar. Tbh besar sangat dengan bilik dengan asrama UMK hahahhahaha. Seriously memang best sangat. Untuk anyone yang nak ambik Logistik, KPM pun ada jugak ya bidang ni. Untuk yang nak ambik bidang business or account pun banyak. And yes fyi KPMAM sekarang dah ada ACCA ya. So sesiapa yang nak ambik ACCA boleh lah apply. Yuran murah gais satu semester just bayar RM180 je😭😭 Nikmat apa yang nak didustakan lagi ni?!


Okay nak masukkan lah satu gambar waktu konvo dulu. Rindu pulak heheheh.

So apa lagi korang apply lah dekat KPM. Mana tahu rezeki dapat kat sana. Sekarang kena bijak ya. I sekarang just fikir pinjaman waktu degree sahaja since time diploma I takda buat pinjaman. Kat situ dah rasa kurang beban sikit and please know bila u masuk degree, yuran degree mahal ya bukan murah murah. Tengok lah kalau I rajin I cerita pasal UMK dengan KPM. Kalau I rajin lah 😂😂

Thursday, 31 January 2019

MY CURRENT HAIR CARE


Our hair care routine can be just as our skin care regimen. So kalini I rasa rajin sikit nak share my current hair care routine. Malas nak cerita panjang panjang so let's start ! So first of all rambut I jenis panjang. Bila panjang memang leceh sikit nak jaga. I tak guna banyak sangat produk untuk hair care since dah okay dengan produk yang I pakai sekarang. Takde niat lagi nak tambah produk lain hahah.

Shampoo and Conditioner
Untuk shampoo dengan conditioner , my favourite brand of course lah Clairol Herbal Essence. I chose yang warna merah punya which is contain buah delima and shampoo ni memang dikhaskan untuk rambut yang panjang. So sesuai sangat siapa yang ada rambut panjang untuk try. The best part bau dia taknak kalah weh ! Wangi gila. Bau macam berry mcm tu. Kekadang diri sendiri pun konfius tu bau delima ke bau berry ni hahaha. But you should try ! 

Boleh baca review I pasal shampoo ni dekat SINI

I pakai pun lama jugak. Almost 3 years macam tu. Setia kan ? I selalu cuci rambut I dalam 2 or 3 kali seminggu. Tak lebih. Sebab kita kena ingat jugak yang rambut kita perlukan minyak yang dihasilkan dari kulit kepala kita sendiri. So bila I dah rasa tak selesa or I akan shampoo or I akan tunggu bau shampoo tu dah hilang baru I shampoo balik since bau dia kekadang tahan 3 hingga 4 hari jugak.

Macam mana I guna :
I akan urut urut kulit kepala for a few minutes then I akan tinggalkan dulu dalam 20 minit macam tu. Mungkin sebab tu lah kot bau dia tahan lama. So sementara nak tunggu 20 minit tu sempat lah nak buat benda lain dulu gosok gigi ke cuci muka ke hahaha. Lepas 20 minit tu baru bilas then sambung pakai conditioner pulak. Make sure pakai hujung hujung je okay ?

HAIR TONIC
For now I masih setia pakai tonik rambut dari Watsons ! 

  

Cuba tengok packaging dia. Lawa gila kan ? Mula mula macam sayang nak bukak hahaha

Harga dia I lupa berapa tapi tak silap kurang dari RM20. Belas belas macam tu lah. Yang ni dia contain aloe vera so sape sape yang ada prob dengan dandruff memang elok lah. But untuk yang ada problem dengan rambut gugur or nipis, you boleh try pakai yang ada coffee punya. Still brand yang sama which is Natural's Watsons cuma ingredients dia tu jelah yang lain. Tonik ni kita pakai dekat kulit kepala tau then urut urut sikit baru sikat rambut.


Coffee more kepada rambut yang ada masalah gugur, nipis atau jenis mudah rosak while aloevera pulak untuk kuatkan rambut kita.  

HAIR SERUM
Untuk hair serum pulak I pernah pakai yang Natural's Watsons jugak dulu tapi dah lama dah tak pakai since selalu je cari tapi takde stock masa I belajar dekat Melaka dulu 😓So disebabkan tu I kena ikhtiar cari yang lain then I found satu serum ni sebab ramai gila orang recommend dekat dalam twitter. Biasa lah jenis cepat kena hasut kan then I pun beli lah. 

So, tadaaaaa ! Dah jadi my favourite ever ever hair serum dah jadinya !


Serum ni brand Good Virtues & Co.

Bau dia ya Allah wangi gila. Sumpah tak tipu. Texture dia macam melekit sikit but still nice sebab bau dia tahan lama. I biasa pakai lepas je I pakai tonik rambut. Tunggu lah beberapa minit then apply lah hair serum ni. Harga dia pun quite affordable ! Yang ni kita pakai macam biasa lah dari atas kepala sampai lah hujung. Then macam biasa urut urut sikit.

So far, this serum memang buat rambut I makin lembut then teratur sikit. Takde lah nampak macam hantu kak limah kalau tak ikat rambut haha.

HAIR VITAMIN
Untuk hair vitamin pulak I biasa guna yang jenama Ellips. Yang ni I tak tetap maksudnya I akan pakai je mana mana hair vitamin tak kisah benefit dia macam mana. Tapi paling banyak yang biasa beli yang warna pink tu. Untuk kuatkan rambut kot.


Comel gila kan packaging dia. Kecik cute betul ! So kalau korang beli packaging yang macam ni dia ada 6 biji so dalam sehari pakai satu cukup lah. Cara nak pakai ? Just pakai bahagian hujung rambut je. Bau dia okay wangi jugak. Harga pun tak silap bawah RM10 kot. Sorry lupa tapi boleh lah cari kat drugstore. Confirm ada.



Okay tu jela my current haircare routine. Simple je. 
Thank you for reading !





Monday, 28 January 2019

WELCOME TO UMK !


After a few months ohh actually almost a year menganggur hahhaha since I already tolak offer untuk sambung belajar dekat UNIKL dengan KUPTM disebabkan jauh sangat and then I got offer letter from UMK which is Universiti Malaysia Kelantan. So Alhamdulillah sangat since dapat dekat gila dengan kampung boleh tiap minggu balik rumah nenek hahaha. 

Okay so I dapat tawaran untuk belajar kos Bachelor of Entrepreunership (Logistic and Distributive Trans) with Hons which is berpusat dekat UMK cawangan Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Tbh I am not sure UMK Pengkalan Chepa ni kat mana since I stay Terengganu. Ikutkan I akan masuk pada 17 Feb 2019 ni. Actually rasa macam berdebar jugak since dah setahun tinggalkan study mood ni hahahah. Okay wish me luck.

For now I masih tengah tengok review pasal UMK ni sebab nak tahu lah jugak kan uni ni macam mana but for sure lah takkan sama macam belajar dekat KPM dulu. Just hope lecturer kat sana okay and sporting macam belajar dekat kolej dulu lah. Amin. Dulu masa belajar dekat KPMAM I tak buat pinjaman pun since I dapat elaun dari MARA. Ohh nanti I akan update and cerita dekat korang pasal KPM ni since ramai gak yang tahu pasal kolej ni. Rugi sangat ! And paling best habis belajar tak payah pening kepala nak bayar duit belajar apa semua. But for now since dah pasang niat nak sambung belajar so semestinya kena buat pinjaman PTPTN lah jawabnya !

Okay setakat ni je dulu pasal UMK ni. Nanti I sambung balik sebab I dah takde idea dah hahah. Banyak lagi kena baca feedback and semua benda tu. Borang pun tak habis isi lagi.

So, ada sesiapa yang dapat UMK jugak and kos sama ? Boleh jadi geng hehe.



Sunday, 6 January 2019

SILKYGIRL MATTE JUNKIE LIP CREAMS REVIEW



The first time I saw SILKYGIRL Matte Junkie Lips Creams I terus macam "Wow ! Cantik gila warna dia. I need this" (Even I have a lot of lipstick hehe)

So bila ada masa pergi kat Watsons so I straight away bought three of shades (even the shades look same). Tbh I rasa nak beli semua shades sebab semua cantik cantik. But at the end I chose only 3. Will buy more shades next time hehe.


Product Details:
Brand : Silkygirl 
Product :Matte Junkie Lip Cream
Shade : Glamour 02, Vintage 04, Enigma 12
Price : RM23.50 
Availability : Watsons and Guardians


What it claims:
This kissproof and transfer resistant lipcolor applies like a liquid lipstick that dries to a matte finish. It stays on your lips through day and night activities requiring minimal touch-ups. Available in 5 rich and highly pigminted shades, 01 Retro, 02 Glamour, 03 Rebel, 04 Vintage and 05 Vixen. Introducing 4 new shades, 06 Darling, 07 Dolly, 08 Artsy and 09 Rouge to complete your matte looks !

  • Lightweight
  • Fragnance free
  • Carmine free
  • Paraben free 
  • Not tested on animals



What I love about it:
  • Very pigmented and matte finish
  • Easy to apply and I don't need use lip liner
  • Kiss proof and transfer proof  - even dah makan but the lipstick is still there
  • Quite affordable 
  • Shades yang cantik ! - it's have a lot of nude shades


The original only 7 shades 
But last year Silkygirl dah tambah shades baru which is Enegma, Terracotta and also Cupid (all of it nude shade omg )

Overall:
I love this lipstick ! Very concerned about the matte ones. I tak suka yang jenis creamy since kena reapply banyak kali. Leceh ! So I akan beli shades yang lain pulak.

Rate:
4.5/5
Really recommended for someone who's seeking matte lipstick












Saturday, 29 December 2018

[ CLAIROL HERBAL ESSENCES ] LONG TERM RELATIONSHIP REVIEW


So this is my favourite shampoo ever after tukar dari pakai Sunsilk.

Product : Herbal Essences Long Term Relationship Shampoo
(It also have conditioner and hair mask)
Main Function : For Long Hair
Size : 300 ml
Price : RM19.90
Where to get : Mana mana kedai pun ada jual. Drugstore pun ada.




Product Description :
This shampoo for long hair lavishes every inch of your hair with 10 times keratin protection
Defending against damage and leaving it oh-so luscious
Helps repair damage and smoothes texture so hair grows long and strong
A hydration's fix that's hair-flip-worthy
Colour-safe and pH-balanced formula
Free of parabens, gluten


Product Ingredients :






Review :
I love the smell. Bau dia wangi sangat and memang fresh je rasa lepas cuci rambut. Bau dia pun memang tahan lama kekadang sampai 2 3 hari baru hilang. I have a long hair so memang shampoo ni really help me to take care my hair ! After pakai memang rambut I jarang gugur. Kalau gugur pun dalam sehelai dua je. Overall I memang recommended this produk !


Disclaimer : This is not sponsored post. I bought it with my own money. Tapi best jugak kan kalau Herbal Essence sponsor I hehe.


Thanks for reading !



Friday, 28 December 2018

DOUBLE CLEANSING METHOD ?


Pernah dengar pasal double cleansing tak ?

Double cleansing method ni actually kita guna dua jenis pencuci yang berbeza untuk cuci kulit kita. 
OIL CLEANSER + FOAM CLEANSER

Oil based cleanser ni untuk remove segala oil based impurities. Texture cleanser ni selalunya berminyak and bila kena air dia akan jadi warna putih susu. Contohnya makeup sunscreen and minyak minyak kat muka
Water based cleanser or foam cleanser pulak untuk remove water based impurities. Texture cleanser ni biasanya berbuih banyak. Contohnya macam peluh.

So basically oil cleanser untuk oil based impurities while water based cleanser pulak untuk water based impurities


Function ?
Untuk buang semua dirt kat muka kita. Paling penting untuk remove makeup yang kita pakai, sunscreen semua tu. Taknak bagi clogged pores sebab bila dah clog nanti naik lah jerawat semua tu.


Bila kena buat double cleansing method ni ?
Usually buat time night routine je. Kalau nak buat day dengan night pun tak kisah. Depends.


Dah pakai micellar water pun kena buat jugak ke 
?
Micellar water usually tak deep clean kita punya skin. So penting untuk kita buat double cleansing method ni untuk make sure yang semua dirt dah remove dari kulit kita.


How to do ?
Guna oil cleanser dulu. Tak payah tambah air. Buat urutan macam biasa then bilas
Pakai foam cleanser. Buat urutan macam biasa and bilas 
Done !

Untuk orang yang ada skin type jenis oily boleh pakai ke ?
Boleh. Oil cleanser just untuk remove minyak yang terperangkap dekat skin. So jangan risau. Kulit korang takkan lebih berminyak.

So kat mana boleh cari ? You boleh cari dekat drugstore je ! Watsons or Gurdians. Ada banyak jenis .

Recommended product ?
Biore of course ! Apa apa pun check ingredients yang ada dalam oil cleanser tu sebab mungkin ada certain ingredients might senstive to you.


Thank you for reading

Monday, 17 December 2018

SUNSCREEN & SUNBLOCK

Hai. So today I akan share pasal sunscreen/sunblock pulak. Kenapa kita WAJIB pakai sunblock ni, Apa function dia, macam mana nak pilih sunblock yang sesuai untuk pakai setiap hari and macam macam lagi !

Basically bila ada orang tanya I pasal my skincare routine dekat dm, bila I tanya pasal sunblock ramai yang tak pernah pakai or taktahu pun pasal sunblock or sunscreen ni. Sunblock ni salah satu routine yang paling basic. Yang korang kena pakai EVERYDAY !

"Wajib ke pakai sunblock setiap hari?"
Ya. Wajib !

Kenapa kena pakai sunblock / sunscreen ni ?
  • Taknak bagi kena sunburn, suntan, taknak terbakar kulit
  • Taknak bagi kulit nampak lebih tua dari usia
  • Avoid dari kulit berkedut
  • Avoid pigmentation, jeragat
  • Most important taknak kena SKIN CANCER
Apa beza sunblock dengan sunscreen ?
Actually sama je. Function dia untuk halang kulit kita dari kena pancaran matahari (UVA/UVB)

Chemical and Physical Sunscreen

Chemical Sunscreen : Usually ingredients dalam sunscreen tu ada titanium dioxide atau zinc oxide. Boleh dikatakan macam tak absorb kulit jugak since dia duduk atas kulit macam tu untuk elak dari cahaya matahari kena kat kulit kita.

Physical Sunscreen : Biasanya ada ingredients macam oxybenzone, actinoxate, octisalate dengan avobenzone.Ingredients yang macam ni akan create chemical reaction dengan ubah UV rays jadi heat then lepaskan heat tu dari kulit kita.

"Mana lagi elok antara chemical sunscreen dengan physical sunscreen?"
Depends on your skin jugak. Cuma beza dia kalau chemical ni dia more lightweight and ringan. Kalau physical pulak biasanya dia ada white cast (yang nampak macam kita pakai bedak)

But I suggest untuk yang ada kulit yang jenis acne prone or sensitive skin, better avoid dari pakai chemical sunscreen sebab maybe ada chemical ingredients yang tak sesuai dengan kulit you. Bila tak sesuai your skin nanti akan dapat irritation dengan clog pores.

Apa apa pun check dulu ingredients dia. Tengok mana yang sesuai dengan skin you.


"Apa beza UVA dengan UVB ?"


UVA / Ultraviolet A (Aging) : Boleh menyebabkan kulit berkedut, SKIN CANCER, pigmentation. Kena cari PA+++ to avoid kulit kita dari lebih aging

UVB/ Ultraviolet B (Burn) :Boleh kena sunburn, suntan, atau nampak kulit macam udang kena bakar. Merah merah. So kena cari yang dia ada tulis SPF. SPF 30 hingga 50 dah enough dekat cuaca Malaysia.


Pigmenatation biasanya time muda muda tak nampak sangat tapi bila dah tua dia akan nampak.

Kiri : Normal skin   Kanan : Cause of pigmentation

"Apa beza sunburn dengan suntan? "

Actually yang korang asyik cakap sunburn tu actually suntan. Suntan ni yang macam ni. Suntan ni kulit kita jadi gelap.

Ni baru sunburn. Dia merah merah sebab kulit kita dah terbakar.


Kuantiti sunblock yang kita kena pakai ?
Seeloknya kita pakai dua jari. 

Haa banyak macam ni. Kena pakai banyak ni jangan fikir nak jimat then pakai sikit je. Sebab nanti tak dapat maximum protection pun. Jangan lupa reapply every 3-4 jam. Kena reapply.

"Kalau dah pakai makeup macam mana nak reapply ?"
Boleh pakai foundation or cc/bb cream yang ada SPF. Tak pun boleh cari sunblock yang jenis spray.

Macam mana nak pilih sunblock yang sesuai?
  • Pilih yang jenis broad spectrum. That means dia ada dual protection. Satu untuk UVA satu lagi untuk UVB. Dia akan tulis kuantiti SPF dengan PA+++
Dia ada tulis SPF 30 dengan PA+++ so dah dikira broad spetrum lah tu

Contoh produk ?
Biore, Skin Aqua, Banana Boat. Boleh cari kat drugstore. Banyak pilihan.

" So bila patut kita pakai sunblock ni ? "
Lepas kita dah settle basic routine kita (after apply moisturiser) then terus pakai sunblock before you nak start pakai makeup. 




Thanks for reading !




Saturday, 15 December 2018

HAIR CARE


"Life isn't perfect but you hair can be"

Asyik dengan skincare je so harini kita bincang pasal haircare pulak. So kalini I rajin sikit nak update pasal penjagaan rambut kita.
Disclaimer : I bukan pakar. Everything yang I tulis sekadar knowledge yang I tahu. Apa apa pun rujuk pada pakar.

So let's start !

Jangan rajin nak jaga skin saja tau sebab rambut pun kita kena jaga jugak apatah lagi perempuan. So macam mana nak jaga rambut ni ? Tak kisah lah yang bertudung atau pun tak mesti kena jaga ! Ada beberapa tips yang I boleh kongsi kan dekat korang and please take noted ada tips yang sesuai dengan you and ada jugak tips yang maybe tak sesuai dengan you.

Before I start share dengan korang tips so apa kata kita faham dulu pasal rambut ni ? Basically kita ada 10,000 helai rambut kat atas kulit kepala kita. Rambut pulak dibahagikan pada 2 bahagian which is folikel dengan shaft. Setiap helaian rambut kita ni ada 3 lapisan keratin di mana lapisan luar atau kita panggil kutikel ni untuk protect 2 lapisan dalam rambut tu. Dalam masa sehari rambut kita akan panjang around tiga hingga empat mm je. Dalam setahun around 6 inci.

" Folikel tu apa ? "
Folikel tu yang ada dalam rambut kita. Usually bilangan folekel ni sama je or kekal tapi akan kurang bila umur kita makin meningkat.

" Shaft tu pulak apa ? "
Shaft ni pulak actually batang rambut kita.


Macam mana nak jaga rambut kita elok elok ?

1. Guna shampoo yang sesuai dengan rambut
  • Make sure tengok function shampoo tu untuk solve hair problem yang jenis macam mana. If korang ada problem dengan rambut gugur cari yang jenis hair fall punya. If ada problem dengan kelemumur cari yang anti-dandruff. So shampoo ni bagi I benda yang paling wajib bila kita ambik berat. And please ingat waktu kita shampoo jangan kita sikat rambut kita sebab boleh buat rambut korang makin bertambah gugur.
"Boleh tak shampoo hari hari ?"
Depends. Ada yang suka shampoo hari hari sebab rasa rambut diaorang gatal or tak selesa. Maybe sebab peluh apa semua. Tapi 3 kali seminggu dah cukup.

Ada certain orang yang malas gila nak shampoo sebab it takes time ! So ada satu cara yang boleh jimatkan masa korang but still boleh elakkan dari rambut korang bau kepam. Use dry shampoo .

"Dry shampoo ni macam mana? Tak pernah dengar pun !"

Ni contoh dia. Jenama Batiste


2. Conditioner
  • Bahagian ni ramai sangat yang salah guna ! Conditioner texture dia berminyak macam tu so dekat kawasan mana je kita patut pakai ? Pakai dekat bawah bawah je jangan sampai kena kulit kepala.
3. Hair Mask
  • Pakai hair mask lepas shampoo dengan conditioner. Pakai around 15-20 minit pun dah cukup. Lepas tu bilas. Function ? Hair mask ni fungsi dia untuk baiki balik rambut korang yang dah rosak kat bahagian dalam and also give some nutrition for you hair.
4. Biarkan rambut kering dengan sendiri
  • Avoid dari guna hair dryer sebab suhu dia tinggi and boleh menyebabkan keratin rambut you rosak atau bercabang. So biar je rambut korang kering dengan sendiri. 
5. Avoid sikat rambut bila rambut masih basah

Jangan sikat rambut bila rambut you tengah basah. Bila dah kering baru you sikat. Sikat pun cari yang lembut lembut je.

6. Pakai tonic rambut
  • Pakai tonic rambut masa rambut you masih basah lagi or depends lah nak pakai time dah kering ke macam mana. Kawasan mana yang kena pakai ? Kawasan kulit kepala. Ambik sikit tonic then urut kat kulit kepala.
"Boleh pakai tiap tiap hari tak ?"
Boleh !

7. Pakai vitamin rambut
  • Lepas korang pakai tonic, pakai pulak vitamin rambut.Cari vitamin rambut yang sesuai dengan problem rambut korang. Banyak pilihan. Vitamin rambut boleh kalau nak pakai setiap hari. Kalau nak jimat pakai time hari korang cuci rambut je. Jimat. Vitamin rambut ni yang jenis macam mana pulak ? 
Yang macam ni. Ni jenama ellips. Boleh cari kat drugstore

"Kawasan mana yang kena pakai vitamin ni ?"
Dekat bahagian hujung hujung rambut

8. Pakai serum rambut !
  • Pakai serum rambut baru nampak rambut you sihat ! Yang ni boleh pakai kat tengah tengah rambut sampai hujung rambut. Ada banyak jenis yang korang boleh pilih. Cari je kat drugstore.
9. Jangan ikat ketat ketat
  • Biar je rambut you tak ikat or kalau rasa rimas boleh pakai hair clip je. Jangan ikat rambut you selalu and apatah lagi time nak tidur. Kesian rambut. Kalau nak ikat jugak jangan ikat terlampau ketat sebab mudah untuk rambut korang akan putus.

Thanks for reading !