Assalamualaikum semua.
Haritu pernah janji nak ceritakan sikit secara lebih detail pasal Kolej Professional Mara since I pun one of alumni dari kolej ni so why not kan I share sikit sikit pasal KPM ni. Dulu tak ramai sangat yang tahu pasal KPM ni even this college under MARA sendiri but sekarang sebut je pasal KPM confirm orang dah tahu cuma ada lah certain people masih confius KPM dengan KPTM hahaha. Okay so kat sini I nak bagitahu yang KPM and KPTM adalah dua kolej yang berbeza ya anak anak. KPM short form dari Kolej Professional MARA and KPTM is Kolej Polytech MARA ya. Lain itu anak anak.
So apa yang lain? Untuk pengetahuan korang KPM ni memang kolej yang ditanggung 100% oleh MARA ya manakala KPTM separuh MARA separuh swasta. Secara jujurnya after I habis SPM, agak confius jugak ya nak masuk mana. Sama ada UITM, KPM or KPTM since I got ketiga tiga offer. Bila dah tengok secara detail nya apa perbezaan KPM dengan KPTM, I terus decide untuk pergi KPM cawangan Melaka which is Ayer Molek. So harini, I nak cerita apa bestnya if korang apply KPM.
1. YURAN PENGAJIAN PERCUMA
Percaya atau tak if I cakap yuran pengajian sepanjang belajar dekat KPM percuma? Ya, percuma wahai anak anak sekalian. Itu paling best sebab korang tak perlu susah payah tau nak apply biasiswa or pinjaman since KPM tawarkan pengajian secara PERCUMA. So bermakna student yang belajar kat sini memang ditanggung seratus peratus ya oleh kerajaan dan MARA. Cuma setiap semester korang just perlu bayar around RM250++ macam tu untuk yuran pendaftaran semester, muafakat dengan koperasi sahaja. Untuk pembayaran buku usually around RM100++ je but time I dulu I banyak beli dengan senior so lagi jimat ya.
2. PENGAJIAN HANYA 2 TAHUN
Masa I dulu pengajian ambik masa 3 tahun jugak sebab kitaorang ada praktikal but now apa yang I dengar sekarang KPM dah tak offer student untuk buat praktikal. So, basically korang dah jimat setahun then dah dapat diploma dah. Kalau kat tempat lain usually 3 tahun jugak kan. Bila dah jimat setahun so if korang ada niat nak sambung ambik degree, tak ke jimat kat situ masa korang? Dah lah habis je diploma korang dah bersenang lenang dah sebab takde hutang. Ya Allah best weh. If niat nak cari kerja pun dah syok sebab tak hutang nak ke bayar.
3. ELAUN BULANAN SEBANYAK RM300 KEPADA PELAJAR
Sepanjang belajar dekat KPM, MARA dah provide kan elaun bulanan kepada kesemua pelajar tak kira miskin atau kaya sebanyak RM300 ya. And apa yang best elaun yang korang dapat sepanjang belajar kat sini tak perlu dibayar balik tau. And if waktu tu merupakan waktu cuti semester pun, kolej tetap akan berikan elaun kepada student cuma separuh jela. It means waktu korang cuti semester, korang dapat RM150 setiap bulan. Boleh lah sikit sikit tampung perbelanjaan korang. Since I dulu belajar dekat area Ayer Molek so kitaorang memang jauh jugak lah dari bandar kan so niat berjoli tu memang kekadang tak tercapai pun since banyak duit gak nak ke bandar tu nak bayar Grab apa lagi. So I bersyukur sebab dapat belajar kat sana. Hasutan nak shopping tu tak berapa nak ada hahaha.
4. TEMPAT PENGINAPAN PERCUMA
Ya, tempat penginapan aka asrama yang KPM provide adalah PERCUMA. Korang tak perlu nak bayar yuran asrama ya bila masuk ini. Free of charge. Cuma korang perlu bayar RM3.00 untuk setiap peralatan eletrik yang korang bawak contohnya charger phone. Macam biasa lah mana mana universiti or kolej pun korang kena beli sticker tau or kalau tak hm kena rampas lah barang korang tu if tak tampal sticker kolej.
So kat sini I nak bagitahu awal awal, if siapa yang dapat KPMAM tu bagi student perempuan, mashaAllah bertuahnya korang. Sebab apa? Asrama KPMAM perempuan ni cantik ya amat sebab baru lagi. And satu bilik tu duduk empat orang tapi masing masing ada space sendiri tau. Senang cakap bilik memang luas gila lah. Nak cakap betapa besarnya asrama kat sini which is satu tingkat ada 55 bilik tau and asrama dia empat tingkat gais. Kat tengah tengah tu ada laman. Asrama perempuan dekat KPMAM dipanggil Kediaman Tun Teja. Setiap tingkat ada dua pantri sebelah kiri dan kanan. Ada satu bilik gosok setiap tingkat. Setiap penjuru ada tandas yang memang besar gila and ada gym yang memang khas untuk perempuan sahaja. Tingkat paling bawah ada bilik TV. Bilik pantri pun nice teruk siap ada meja kat tengah tengah, ada microvave, siap ada Coway lagi. So apa yang boleh I cakap memang tempat penginapan sangat selesa ya. Oh tak lupa jugak kat dalam toilet tu ada satu bahagian untuk tempat jemur baju and ada mesin basuh.
5. KEPELBAGAIAN KURSUS YANG DIIKTIRAF OLEH MQA
I ingat lagi dulu pernah kecoh pasal kursus yang diaorang ambik then tup tup dapat tahu tak diiktiraf oleh MQA. Sedih weh. Tapi I dah lupa dah kolej/universiti mana. Jangan risau ya, KPM tawarkan kursus yang diiktiraf oleh MQA tau. What is MQA? MQA ni Malaysian Qualification Agency. Bila korang nak further studies nanti tak kisah lah dekat mana mana pun, kena make sure tau yang kursus yang korang ambik tu memang ada MQA if tak, Allahu sia sia lah korang belajar bertahun tahun tapi course tu tak laku and tak sah.
If masa korang belajar time diploma tu and result keluar memang flying colour lah kan, korang boleh apply untuk sambung belajar dekat luar negara tau. And yes, MARA akan tanggung korang sekali lagi. Diploma tanggung Degree pun tanggung. Best teruk. Tapi korang boleh jugak nak apply sponsor lain or nak taja diri sendiri. Atas korang punya pilihan lah yang tu. Kat sini korang nampak kan, yang KPM punya sijil memang valid even dekat luar negara pun. Tapi sini I nak bagitahu, ada certain tahun yang MARA tak tawarkan pun untuk ke luar negara. Tengok atas bajet lah haha. Tapi masa I dulu memang ditawarkan since ada a few kawan I dapat fly ke New Zealand untuk sambung belajar. Pelajar yang ditawarkan untuk sambung belajar ni usually result memang kena 3.90 ke atas lah. And kena faham yang ia bukan biasiswa tau tapi pinjaman boleh ubah. Kalau result cantik, kurang lah bayaran pinjaman yang kena bayar.
"Graduan KPM boleh sambung belajar dekat Institusi Awam tak?"
Ya, boleh adik adik. I salah seorang graduan KPM yang sekarang tengah sambung belajar dekat IPTA which is dekat Universiti Malaysia Kelantan. Sekarang dah nak masuk tahun terakhir dah padahal I baru masuk awal tahun 2018. Sebab apa? I dapat transfer kredit so dah jimat setahun weh untuk degree. So tak rugi ya if korang masuk KPM since subjek yang korang ambik if sama masa korang belajar nanti boleh transfer je. Tak payah nak belajar balik. Tak ke untung kat situ?
In total KPM ada enam cawangan which is :
- Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka
- Kolej Profesional MARA Bandar Melaka, Melaka
- Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor
- Kolej Profesional MARA Seri Iskandar, Perak
- Kolej Profesional MARA Bandar Penawar, Johor
- Kolej Profesional MARA Indera Makhota, Pahang
Setiap cawangan memang akan tawarkan kursus yang berbeza but mostly memang more kepada business lah. Dah nama pun MARA kan hahah. Tapi pada yang rasa nak sambung dalam bidang perubatan, korang boleh apply Kolej MARA (KM). Dengar kata nanti akan ada penambahan cawangan dekat Bachok, Kelantan tak silap. I pun tak sure jugak. Untuk anyone yang nak tengok kursus apa yang ditawarkan boleh check dekat
SINI. Kalau korang perasan kat situ dah siap provide lagi MQA setiap kursus. Syarat kemasukan macam biasa lah mesti Bumiputera dan berketurunan Melayu.
Okay itu sahaja. Penat lah nak menaip hahaha. Kalau ada kemusyikilan boleh lah komen ya. Nanti free free I jawab. Thank you for reading. 😁