Topik kalini kita akan bincang pasal exfoliate pulak tapi I just share yang basic je since I'm not expert enough pasal ni. Banyak lagi kena baca hehe. Nak lagi details boleh tanya pada yang pakar or kalau rajin google lah. So apa tu exfoliate ? Basically exfoliator ni proses untuk buang sel sel kulit yang dah mati kat muka korang.
So apa kepentingan nya ?
Bila sel kulit dah mati, sel kulit yang baru akan generate around 23 hingga 28 hari. So kita kena exfoliate muka kita supaya kita tak halang proses penggantian kulit baru tu. If kita tak remove sel yang mati tu, so senang lah kulit kita dapat pigmentention, clogged pores semua.
Apa beza dengan scrub ?
Scrub ni proses atau cara kita removel sel mati tu. Kita sental sental bahagian kulit mati tu and majority scrub ni ada beads kecil kecil macam tu. Kita panggil dia physical exfoliate. Chemical exfoliate pulak dia tak macam scrub. More to toner macam tu. And ada AHA (Alpha Hydroxy Acid) / BHA (Beta Hydroxy Acid) ingredients. Nanti I akan buat entry pasal AHA/BHA.
Contoh produk ?
Untuk physical exfoliate, I akan suggest St Ives and please avoid from walnut shell ingredients since produk diaorang ada certain yang ada wallnut shell. Contohnya Apricot punya.
Untuk chemical pulak I suggest The Ordinary ! Contohnya macam Aplha Arbutin or Niacinamide
"Kalau I tak exfoliate takpe ke ?"
Exfoliate ni salah satu basic routine yang you kena ikot. Sebab kita kena remove sel kulit yang mati untuk bagi kulit kita generate sel kulit baru. Kulit kita ada pores so if you tak exfoliate, sel kulit yang mati akan tersumbat dalam pores you. Tak pasal pasal nanti jerawat naik.
"Setiap hari ke kena pakai exfoliate ni ?"
Untuk yang pakai jenis physical exfoliate I suggest if you have :
Normal skin/Oily skin - 2 or 3 kali dalam seminggu
Dry skin/ Sensitive skin - Sekali seminggu dah cukup
Untuk yang pakai jenis chemical exfoliate tu depends on your skin jugak. Tapi jangan setiap hari sebab kulit you boleh jadi nipis disebabkan over exfoliate. Macam mana nak tahu yang kita dah over exfoliate ? Kulit korang akan rasa itchy, redness or maybe dry.
Physical exfoliate VS Chemical exfoliate ?
Mana yang lagi elok ? For me chemical lagi elok since dia macam toner so tak harsh your skin berbanding physical exfoliate sebab dia ada beads. Plus, physical exfoliate boleh buat micro-tear.
"I suka pakai scrub St Ives yang Apricot punya. Best sebab rasa lembut gila muka lepas pakai"
Actually I tak galakkan korang pakai yang apricot punya since dia ada walnut shell dalam ingredients dia. Walnut shell tu lah yang akan menyebabkan micro-tear dekat kulit you. Kesian kulit muka nanti. So cari yang takde walnut shell. I suggest you pakai St Ives Green Tea punya. Beads dia kecik kecik.
Benefit Chemical Exfoliate ?
Selain dari exfoliate, chemical exfoliate pun ada benefit lain jugak such as :
- kurangkan kulit kering, dullness
- pudarkan parut
- reduce clogged pores, acne, oily skin
Apa apa pun listen to your skin. Apa yang sesuai dengan kulit orang maybe tak sesuai dengan kulit kita.
0 comments:
Post a Comment